Malaysia Tidak Lengkap Tanpa Sarawak - Wee

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 9:00 AM

Wee Ka Siong.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Kerajaan Persekutuan melakukan pelbagai usaha untuk mensejahterakan Sarawak kerana mengiktiraf kepentingan negeri itu terhadap pembangunan negara, kata Datuk Dr Wee Ka Siong.

"Walaupun benar terdapat banyak kawasan di Sarawak masih ketinggalan berbanding negeri-negeri lain, Putrajaya sedang berusaha untuk merapatkan jurang pembangunan. Tanpa Sarawak, Malaysia tidak lengkap," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Dr Wee berkata, Sarawak memberi sumbangan besar kepada negara dalam pelbagai cara.

"Oleh itu, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebahagian besar Belanjawan tahunan untuk Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan dialog pertubuhan Cina di sini.

Beliau berkata, pelantikan Datuk Fadillah Yusof (Sarawak) sebagai Menteri Kerja Raya dan Datuk Seri Shafie Apdal (Sabah) sebagai Menteri Luar Bandar dan Wilayah mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan di kedua-dua negeri ini.

Di Kuala Lumpur, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata segelintir anak muda Malaysia keliru mengenai apa yang dimaksudkan dengan menyuarakan rasa cinta terhadap negara dan menyokong kerajaan.

Mengambil contoh pengalaman seorang rakannya ketika berada di pawagam apabila lagu Negaraku dimainkan sebelum tayangan filem bermula, Chong berkata, kebanyakan anak muda tidak berdiri untuk menghormati lagu kebangsaan itu.

"Saya tidak tahu mengapa mereka tidak berdiri dan menyanyikan lagu kebangsaan. Sikap itu perlu ditangani," katanya selepas merasmikan seminar pelajar di sebuah universiti mengenai GST di Wisma MCA di sini, Selasa.


Tags / Kata Kunci: Sarawak , Hari Malaysia , Dr Wee Ka Siong

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan