UPSR Bocor: Tun Zaki Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Bebas

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 3:06 PM

Tun Zaki Tun Azmi.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa bebas untuk mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pelantikan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di Kampung Simpangan di sini, Selasa.

Beliau berkata, lapan lagi anggota jawatankuasa itu akan dilantik dalam masa terdekat.

"Jawatankuasa itu akan diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pendidikan berkaitan penambahbaikan kepada SOP itu," katanya.



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan