RM1 Juta Untuk Projek Pencahayaan Di Kuala Perlis

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 1:45 PM

Kuala Perlis.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kuala Perlis yang terkenal sebagai pusat makanan laut akan berubah wajah apabila projek pencahayaan bernilai lebih RM1 juta dilaksanakan awal tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata projek bakal dilaksanakan Majlis Perbandaran Kangar dan dijangka siap dalam masa enam bulan.

"Projek ini antara usaha kerajaan negeri menarik pelancong yang singgah di Kuala Perlis untuk ke Langkawi, bermalam sekurang-kurangnya satu malam sebelum meneruskan perjalanan mereka.

"Saya yakin projek ini dijangka menarik ramai pengunjung ke Kuala Perlis dan sekali gus meningkatkan industri pelancongan serta aktiviti perniagaan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata kerajaan negeri juga berusaha untuk memujuk pihak swasta melabur di Kuala Perlis bagi membina terminal kapal canggih yang boleh dijadikan pusat aktiviti sukan air.

"Kita sudah melihat beberapa model terminal kapal di negara jiran untuk dilaksanakan di Kuala Perlis. Terminal feri yang ada sekarang hanya cukup untuk menampung keperluan feri yang memberi perkhidmatan Kuala Perlis-Langkawi.

"Perancangan ini termasuk pembesaran jalan, pembinaan hotel baharu, pusat membeli-belah serta membaik pulih pekan Kuala Perlis dan infrastruktur berkaitan," tambahnya.

Azlan berkata Kuala Perlis telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat meluncur angin, jet ski, lumba perahu panjang dan kenu manakala Empangan Timah Tasoh bagi sukan kenu, perahu layar dan luncur angin.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pelancongan Negeri, Mohd Jamil Saad bagi melaksanaan projek yang dirancang.

"Perancangan jawatankuasa ini dijangka diumumkan menjelang akhir tahun dan akan dilaksanakan pada suku kedua dan ketiga tahun depan," kata Azlan.

Dalam perkembangan lain, beliau yang dilantik sebagai Penaung Kehormat Kejohanan 'Malaysia Orienteering Asean Cup Circuit Grand Finale 2014' menyaksikan majlis penyerahan tajaan kepada penganjur Magnet Edge Orienteering Sports Club di sini Isnin.

Kejohanan dua hari itu mulai Sabtu ini akan disertai kira-kira 300 peserta mewakili Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia di Hutan Lipur Bukit Ayer dekat sini.


Tags / Kata Kunci: Kuala Perlis , Azlan Man

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan