PRK Pengkalan Kubor: Hari Cuti Bukan Penentu Kemenangan PAS

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: Pemberian cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan pada hari Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor 25 September ini tidak akan menentukan kemenangan PAS di kawasan itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri membuat keputusan mengisytiharkan cuti pada hari tersebut bagi menyuburkan semangat demokrasi dan memberi peluang kepada pengundi untuk pulang mengundi.

"Cuti atau tak cuti (hari mengundi) tak menentukan menang atau kalah. Kalau nak kalah buat hari cuti pun kalah juga.

"Kalau cuti bukan kita (PAS) sahaja, orang Umno pun boleh balik undi, sama saja tak ada masalah," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS di sini, Selasa.

Kerajaan negeri Kelantan pada Isnin mengisytiharkan 25 September sebagai hari cuti peristiwa.

Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan tersebut diputuskan selepas membuat pertimbangan mengenai kesukaran pengundi yang akan keluar mengundi pada PRK DUN Pengkalan Kubor.

Menurut Mohd Amar, keputusan itu juga dipertimbangkan kerajaan negeri setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi pada hari cuti walaupun teguran telah dibuat.

Katanya, pilihan raya pada hari berkerja akan menafikan hak para pengundi dan menimbulkan kesulitan.

"SPR sebagai sebuah badan patut mencetuskan semangat untuk orang mengundi, patut pilih hari cuti. Ini (SPR) sengaja pilih hari yang tak cuti seolah menghalang dan cuba untuk nafikan ruang pengundi menunaikan tugasnya dalam sebuah negara demokrasi.

"Oleh kerana sikap tak berubah maka kerajaan negeri ambil pendekatan isytihar cuti bagi membolehkan orang keluar mengundi dan paling penting peratusan keluar mengundi meningkat," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata perisytiharan cuti pada hari mengundi bukan pertama kali dilaksanakan.

"Ini bukan kali pertama. Kerajaan Pulau Pinang, kerajaan-kerajaan negeri lain pun pernah isytihar cuti pada hari mengundi yang jatuh pada hari berkerja.

"Secara tak langsung, kita membantu tugas-tugas SPR dan fungsinya untuk menggalakkan rakyat Malaysia keluar mengundi dari segi peratusan...ini sumbangan kita," katanya.

Pada hari penamaan calon pada 13 September Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, hari mengundi PRK Pengkalan Kubor pada 25 September ini tidak akan menjejaskan pergerakan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya SPR mendapati majoriti pengundi di Pengkalan Kubor adalah mereka yang bekerja sendiri terdiri daripada nelayan, petani dan buruh yang tidak terikat pada hari bekerja.

Tags / Kata Kunci: PRK Pengkalan Kubor , PAS , Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan