Pemuda Umno Hubungi Pengundi Muda Supaya Pulang Mengundi - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 1:58 PM

Khairy (belakang, tiga, kanan) semasa bergambar kenangan bersama penerima sumbangan selepas Majlis Penyampaian Alatan Sukan kepada NGO Belia dan Sukan Daerah Tumpat sempena PRK DUN Pengkalan Kubor di Sekolah Kebangsaan Bunohan pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Pergerakan Pemuda Umno sedang berusaha menghubungi pengundi muda berdaftar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 25 September ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Pemuda Umno telah menerima senarai pengundi muda yang berada di luar Kelantan.

"Kita akan hubungi mereka untuk balik mengundi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Peralatan Sukan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Sukan Daerah Tumpat di sini Selasa.

Beliau juga mengingatkan Pemuda Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengambil mudah gerak kerja sepanjang kempen PRK DUN Pengkalan Kubor berlangsung.

Katanya mereka perlu mengekalkan momentum kerja bagi menarik minat pengundi untuk menyokong BN.

Beliau berkata, setakat ini menerusi program dan lawatan yang diadakannya, Pemuda mendapati anak-anak muda kawasan itu menerima calon BN.

PRK itu diadakan berikutan kematian Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 September sebagai hari pengundian.

PRK itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan