Pelihara Perpaduan, Kekalkan Sikap Saling Menghormati

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hari Malaysia ke-51, yang disambut pada Selasa, memberi peluang kepada semua rakyat menghayati dan menghargai keamanan dan kesejahteraan negara serta perpaduan yang terjalin dalam kalangan masyarakat.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sambutan rasmi kali ini, yang diadakan di Miri, Sarawak mempamerkan secara jelas keunikan Malaysia yang didiami rakyat pelbagai kaum dan agama.

Beliau berkata penyatuan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963 disambut kira-kira 10 juta penduduk ketika itu, namun hari penuh bermakna tersebut kali ini dirai kira-kira 30 juta rakyat Malaysia.

"Kejayaan negara yang dikecapi hari ini tidak mungkin tercapai tanpa kesatuan serta sikap progresif dan daya saing yang dimiliki segenap lapisan masyarakat," kata Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, dalam perutusan Hari Malaysia beliau.

Presiden MIC Datuk G. Palanivel, dalam perutusannya, berkata amat penting bagi semua rakyat Malaysia memelihara perpaduan, keamanan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Menyentuh insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 dan nahas yang menimpa MH17, Palanivel berkata rakyat Malaysia menunjukkan perpaduan mereka ketika berdepan kedua-dua situasi mencabar ini.

"Kita menunjukkan perpaduan pada hari perkabungan negara dan kita akan meneruskan semangat perpaduan ini ketika susah dan senang," katanya.

Sementara itu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata rakyat Malaysia tidak kira di semenanjung atau Sabah dan Sarawak perlu meneruskan hasrat sebenar pengasas negara yang menekankan kesejahteraan, kepentingan dan keselamatan bersama.

"Kita tidak boleh lupa atau leka ke arah merealisasikan aspirasi asas negara serta hasrat kita untuk maju sebagai sebuah negara yang megah dan bersatu padu," katanya.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata proses mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu adalah berterusan dan apa yang dicapai setakat ini perlu terus dipupuk dan diperkukuh.

"Rakyat Malaysia yang berbeza etnik harus sentiasa menyedari keperluan untuk saling menghormati.

"Mereka harus sentiasa berwaspada dan prihatin dengan sensitiviti agama serta budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum," katanya.
 
Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia Tan Sri KK Eswaran pula menggesa rakyat Malaysia terus membina kepercayaan dan ikatan sesama mereka ketika negara beraspirasi ke arah mencapai kejayaan ekonomi.


Tags / Kata Kunci: Hari Malaysia

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan