Pelajar Zimbabwe Negatif Ebola

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 10:03 PM

Dr Noor Hisham Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar warga Zimbabwe yang sebelum ini dikuarantin kerana disyaki dijangkiti virus Ebola hari ini disahkan negatif, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.  

Beliau berkata keputusan tersebut diperolehi melalui ujian makmal ke atas sampel klinikal pelajar itu yang telah dijalankan pada Selasa di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh dan mendapati ia negatif kepada virus Ebola.

"Pada ketika ini beliau dalam keadaan beransur pulih dan memberikan respon yang baik kepada rawatan yang diberikan," katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini kes tersebut.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan semula bahawa sehingga kini tiada kes EVD (Ebola virus disease) di Malaysia. 

Namun, KKM akan terus memperkukuh kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan penyakit EVD ke dalam negara, katanya. 

"KKM juga melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan akan memantau situasi kejadian ini dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," tambahnya. 

Pelajar warga Zimbabwe yang berusia 24 tahun itu kini dirawat di Hospital Umum Kuching, Sarawak. 

Tags / Kata Kunci: pelajar zimbabwe , ebola

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan