Pembangunan Pesat Sarawak Membanggakan, Bukti Pembentukan Malaysia Berjaya - Najib

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 11:04 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga melihat pembangunan pesat yang dinikmati Sarawak ketika ini, yang menjadi bukti bahawa usaha gigih pemimpin terdahulu dalam membina pembentukan Malaysia membuahkan hasil amat membanggakan.

Beliau berkata perjalanan jauh penuh cabaran dan dugaan yang ditempuhi Sarawak dan Sabah dalam pembentukan sebuah negara bebas, merdeka serta berdaulat, menjadikan Malaysia kini umpama sebuah keluarga besar yang dianggotai rakyat berbilang kaum.

Najib berkata kini tanggungjawab meneruskan kesinambungan dalam pembangunan negara terletak di bahu seluruh rakyat dengan beliau sebagai ketua kerajaan, memikul tanggungjawab untuk mendengar suara dan tuntutan semua anggota keluarga ini.

Beliau berkata semangat serta kegigihan yang ditunjuk penduduk Sarawak dan Sabah menampakkan bahawa mereka bangga serta berpuas hati dengan langkah bijak pemimpin terdahulu yang memilih untuk merdeka bersama Malaysia.

"Kini kita tidak akan berpatah balik, kita akan pertahankan kedaulatan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia, dan saya sebagai Perdana Menteri, menjadi tanggungjawab saya, jika ada yang cuba menggugat keselamatan, kedaulatan negara, bersedialah untuk berhadapan dengan tindakan kekuatan undang-undang negara,"katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap di majlis sambutan Hari Malaysia ke-51 peringkat kebangsaan di Dataran Kipas di sini, yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem serta beberapa menteri kabinet.

Tanggal 16 September menjadi tarikh keramat yang menyaksikan seluruh rakyat menghayati pembentukan Malaysia menerusi kata sepakat yang dicapai antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak (juga Singapura ketika itu) pada tahun 1963.

Najib berkata dalam sebuah keluarga besar pastinya akan wujud polemik atau tuntutan pelbagai pihak, dan beliau sebagai ketua 'sebuah keluarga besar' bertanggungjawab untuk mendengar semuanya dan memberi perhatian sewajarnya.

Katanya, beliau mendengar permintaan Sarawak untuk menambah pendapatan terutama berhubung kenaikan royalti minyak negeri dan perkara itu boleh dirunding dalam semangat kekeluargaan.

Sementara itu, Najib berkata ada pihak yang cuba mewujudkan polemik mengenai sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada16 September.

Beliau berkata isu itu sebenarnya tidak timbul kerana Amerika Syarikat, contohnya, meraikan tarikh 4 Julai setiap tahun sebagai hari kebangsaan sedangkan wilayah dalam negara berkenaan memilih tarikh yang berbeza semasa menyertai Amerika.

Perdana Menteri juga mencadangkan agar mulai tahun depan, sambutan kemerdekaan negara pada 31 Ogos tidak lagi menyatakan jumlah tahun dan pada masa sama, Hari Malaysia tetap dirai setiap 16 September.

Acara  ini menyaksikan kira-kira 500 peserta menyajikan pelbagai pertunjukan seperti persembahan tradisional, nyanyian lagu patriotik dan koir.

Acara turut dimeriahkan lagi dengan pertunjukkan bunga api kira-kira 10 minit sejurus sebelum segmen rasmi berakhir disusuli persembahan artis terkemuka tanah air seperti Datuk DJ Dave, Bob AF, Dayang Nurfaizah dan Jimmy Palikat.

Tags / Kata Kunci: Hari Malaysia

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan