Jangan Tubuh Parti Lain Atas Nama Islam - Amaran Mat Sabu

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 6:53 PM

Mat Sabu (hijau) sebelum perasmian Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi, Selasa. Foto: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: "Jangan tubuh parti lain atas nama Islam," demikian amaran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap ahli partinya yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu.

Bagaimanapun Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu merestui penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) oleh ahli PAS jika asas penubuhannya bertujuan memantapkan Pakatan Rakyat.

"Beza pandangan macam mana pun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam.

"NGO tak apa...tubuhlah mana-mana NGO untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi di sini, Selasa.

Kenyataan keras Mohamad itu dilihat merujuk kepada penubuhan sebuah NGO baharu - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang diterajui pimpinan PAS.

Sejak awal penubuhannya dalam tempoh lebih sebulan, PasMa mencetuskan fenomena baharu di kalangan pakatan pembangkang apabila disebut-sebut bakal menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.

PasMa juga didakwa dianggotai golongan 'Anwarinas' iaitu kumpulan dalam PAS yang tidak menyenangi kepada kepimpinan konservatif pimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, ahli PAS perlu menjadikan Indonesia sebagai contoh sekiranya lebih banyak parti politik berteraskan Islam ditubuhkan kerana ia hanya akan merugikan perjuangan parti itu bersama Pakatan Rakyat.

"Sebab kalau ada parti Islam lain, kita lihat rakan kita di Indonesia (tidak persefahaman). Ada banyak parti-parti Islam, tetapi nak hantar calon presiden pun tidak berupaya.

"Bukan kita menolak mereka...tidak. Tapi supaya ia dijadikan pengajaran kepada kita di sini," katanya.

Tambah Mohamad, ahli PAS tidak perlu meragui perjuangan parti itu terutamanya mengenai khabar angin bahawa kemungkinan wujud kerjasama parti itu dengan Umno.

"Umno tetap musuh, jangan cuba kenyit mata dengan kami. Jangan cuba hulurkan tangan, kami akan tampar kamu itu.

"Yang bersama NGO, pimpinlah, beri pandangan dan tegurlah kami. Jangan sampai merugikan saf PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAsMA , Mat Sabu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan