Mat Sabu Nafi Dipulau Perwakilan Pemuda PAS

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 7:58 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan 'dipulau' perwakilan Pemuda PAS ketika hadir merasmikan Muktamar Tahunan ke-55 sayap parti itu di sini.

Sebaliknya menurut Mohamad, kumpulan kecil perwakilan itu hanya keluar menunaikan solat Asar ketika beliau memulakan ucapan.

"Saya tak nampak, memang orang keluar pergi sembahyang dan sebagainya...kemudian masuk kembali.

"Biasalah tu yang keluar, masuk. Kebetulan masa berucap itu masuk waktu Asar. Mereka yang belum sembahyang, dia keluar sembahyang lah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan sebuah portal pro-pembangkang yang melaporkan kononnya terdapat kira-kira 50 perwakilan yang meninggalkan dewan muktamar dengan memakai vest bertulis "kami menyokong presiden dan ulama."

Mengulas mengenainya, Mohamad berkata semua ahli dan perwakilan PAS tidak disekat untuk memakai apa jenis pakaian untuk hadir ke majlis itu.

"Itu biasa, kita tak tentukan jenis pakaian. Nak pakai apa pun boleh.

"Ada yang pakai pakaian bertulis 'bersama Pakatan'...ada yang pakai pakaian (berkaitan) Gaza," katanya.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat ketika ditanya mengenai isu itu bagaimanapun sependapat dengan Mohamad.

"Saya pun rasa begitu. Waktu pun dah lewat. Mereka keluar sembahyang," jawabnya ringkas.

Tags / Kata Kunci: Mat Sabu

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan