Malaysia Aman Walau Rakyat Berbeza Agama, Bangsa & Budaya

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 8:30 AM

Pritam Singh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiada negara lain yang boleh dibandingkan dengan Malaysia dari segi keharmonian dan keamanan, kata seorang bekas guru yang gemar melancong.

Pritam Singh, 84, yang pernah melancong ke merata dunia dalam melaksanakan tugasnya dengan Persekutuan Perancang Keluarga Antarabangsa (IPPF) berkata, tiada negara lain seperti Malaysia.

"Wujud suasana aman dan harmoni di sini. Bagi sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, kita boleh menyesuaikan diri antara satu sama lain dan menghormati kepelbagaian budaya," katanya.

Pritam yang dilahirkan di Punjab pada 1930, menolak masalah perkauman yang dibangkitkan pada hari ini dengan mengatakan bahawa ia berlaku secara normal di mana-mana sahaja.

"Malah dalam keluarga pun ada masalah, mungkin antara bapa dan anak lelakinya. Kita tidak perlu terlalu ambil peduli mengenainya," kata Pritam yang berpindah ke Kuala Pilah dari India semasa zaman kanak-kanaknya.

Sebelum menyertai IPPF sebagai perancang program pada 1969, Pritam yang belajar di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah mengajar subjek Sains di sana sehingga dinaikkan pangkat ke jawatan guru besar.

"Saya boleh mendalami bidang perubatan tetapi saya mempunyai keinginan yang tinggi untuk membantu ibu bapa saya," kata bapa kepada tiga orang anak lelaki itu.

Beliau ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Singapura tetapi Pritam enggan meninggalkan ibu bapanya bersendirian.

Pritam kemudiannya mengajar sepenuh masa, satu profesion yang beliau percaya mengalir dalam darahnya.

Malah, Pritam mula mengajar ketika berusia 13 tahun, walaupun ini dilakukan dalam suasana tidak formal semasa era pendudukan Jepun.

Untuk mendapatkan wang tambahan, beliau menjual garam kepada penduduk di Kuala Pilah. 

Beliau akan pergi ke Port Dickson sebulan sekali untuk membeli seguni garam sebelum dijual di kampung halaman.

Sementara itu, penyokong perpaduan nasional,  Anas Zubedy menggesa rakyat Malaysia untuk membuka mata mengenai betapa istimewanya negara ini.

Bagi dirinya, perkara istimewa adalah rakyat di negara ini menikmati kemakmuran dan keamanan bersama walaupun terdiri daripada kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.

"Terdapat banyak tempat di negara kita dimana anda boleh menjumpai masjid, gereja dan kuil yang berdekatan antara satu sama lain.

"Anda boleh melihat juga rakyat berlainan bangsa dan budaya berinteraksi antara satu sama lain," katanya.

Anas berkata, walaupun sesetengah rakyat Malaysia pesimistik mengenai beberapa masalah di dalam negara ini, sesiapa saja perlu berterima kasih dan optimis dengan kemajuan dan potensi negara.

Tags / Kata Kunci: Hari Malaysia , aman , harmoni

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan