Hari Malaysia: Jemaah, Staf Haji Di Makkah, Madinah Solat Hajat & Tahlil - Berita Semasa | mStar

Hari Malaysia: Jemaah, Staf Haji Di Makkah, Madinah Solat Hajat & Tahlil

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 9:57 AM

Kota suci Makkah.

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Jemaah dan petugas haji di kesemua 12 maktab penginapan Tabung Haji (TH) di Makkah dan Madinah malam Isnin mengadakan bacaan Yasin, solat hajat dan doa selamat sempena sambutan Hari Malaysia.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata majlis itu yang diadakan selepas solat Maghrib bagi mendoakan Malaysia terus aman dan makmur.

"Selain mendoakan moga kepimpinan negara dapat meneruskan tanggungjawab membangunkan negara dengan lebih berjaya," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis berkenaan di Maktab Penginapan 83 di Hotel Abraj Al Janadiriyyah di sini.

Syed Saleh berkata setakat ini lebih 65 peratus atau 14,688 jemaah haji daripada keseluruhan 22,320 jemaah telah tiba di Tanah Suci.

Di Makkah kini terdapat 11,224 jemaah haji dan selebihnya di Madinah.

Sebanyak dua penerbangan sewa khas TH tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah iaitu KT42 dan KT43.

KT42 yang membawa 450 jemaah dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL tiba pada 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia).

Sementara KT43 yang membawa 279 jemaah haji dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tiba pada 4.35 petang waktu tempatan (8.35 malam waktu Malaysia).

Tags / Kata Kunci: jemaah , haji , Makkah , Hari Malaysia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan