Google Malaysia Papar Seni Lakaran Pemegang Hari Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 2:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mercu tanda ikonik dan elemen berkaitan rapat dengan Malaysia menghiasi ruang seni lakaran atau 'doodle' dalam laman web Google Malaysia sempena negara menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke-51 pada Selasa.

Bertajuk 'Beauty of Malaysia', seni lakaran dihasilkan Lee Yee Run, pelajar SMJK(C) Yoke Kuan di Sekinchan, Selangor, muncul pemenang hadiah utama pertandingan 'Malaysia's Doodle 4 Google' pada 8 September.

Dipilih penyertaan terbaik bagi kategori umur 16 hingga 17 tahun, seni lakaran berwarna-warni itu memaparkan Menara Kuala Lumpur, Menara Kembar Petronas dan Jambatan Pulau Pinang bersama-sama dengan bunga kebangsaan Bunga Raya, bendera kebangsaan Jalur Gemilang dan pemandangan tepi pantai.

"Ramai daripada kita terperangkap dalam kesibukan kehidupan, sehingga terlupa akan keindahan negara kita," kata Lee dalam mesej ringkas mengiringi seni lakarannya itu.

"Mari melangkah keluar daripada kebiasaaan, melawat tempat-tempat menarik, menerokai dan merasai warna-warni Malaysia yang sebenar dan unik. Malaysia bagi saya dan anda pastinya sebuah tempat yang indah untuk dihuni," kata pelajar itu.

Selain kategori 16-17 tahun, pertandingan itu turut merangkumi tiga lagi kategori iaitu 7-9 tahun, 10-12 tahun dan 13-15 tahun.

Penyertaaan dihakimi berdasarkan tiga aspek, satu daripadanya dari segi merit artistik dengan panel hakim termasuk staf Google dan awam menilai kualiti dan kemahiran dipaparkan dalam seni lakaran itu, mengambil kira kumpulan umur peserta.

Aspek kreativiti dinilai berdasarkan keunikan peserta memasukkan logo Google dalam seni lakaran mereka manakala aspek terakhir adalah dari segi kesesuaian dan kejelasan tema dipaparkan dalam seni lakaran dan juga mesej bertulis.

Sebanyak 20 penyertaan disenarai pendek sebagai finalis.

Vaisnawi Harulnathan daripada SJK(T) Vallambrosa, Klang, muncul pemenang bagi kategori umur 7-9 tahun manakala Chin Joe Yi daripada SJK(C) Kwang Hwa, Pulau Pinang menjuarai kategori 10-12 tahun. Mohammed Anoof Ibrahim daripada Mutiara International Grammar School, Ampang muncul peserta terbaik bagi kategori 13-15 tahun. 

Bertema 'Malaysia to me is...', pertandingan Doodle 4 Google dilancarkan pada April sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. 

Tags / Kata Kunci: google

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan