Wanita Dakwa Bekas Suami Ugut Bunuh, Culik Anak

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 4:35 PM

Zarena Bibi menunjukkan surat beranak serta gambar anaknya yang dipercayai berada di Pakistan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang ibu memohon pertolongan dari Wisma Putra untuk membawa balik anak tunggalnya yang diculik oleh bekas suami, Mohammad Talib Abdur Rauf.

Zarena Bibi Omar Din,37, seorang kerani di sebuah agensi awam berkata, dia berada dalam keadaan tertekan memikirkan nasib anak lelakinya, Ziad Mohammad Talib,9, yang dilarikan Mohammad Talib,55, berasal dari Pakistan.

"Saya tidak bertemu Ziad sejak lapan bulan yang lalu dipercayai kini berada di Pakistan," jelasnya kepada media di Pusat Khidmat Dan Aduan Barisan Nasional pada Isnin.

Zarena berkata, pada 31 Januari, dia dan anaknya telah dipaksa oleh suaminya yang juga warganegara Amerika Syarikat pergi ke Mansehra, Pakistan dan dijadualkan balik pada 3 Februari.

Bagaimana pun, apabila mereka tiba di rumah keluarga Mohammad Talib pada 2 Februari, lelaki itu memberitahu tujuannya adalah untuk melarikan mereka dan mengugut untuk membunuhnya.

"Dia mengugut untuk membunuh saya jika enggan menyerahkan rumah di Sunway City, kereta Kembara dan wang tebusan RM18,000.

"Saya juga dipisahkan dengan anak saya, dikurung sebulan lebih dan dilarang menghubungi keluarga saya," jelasnya.

Zarena Bibi juga mendakwa dia diserang dan dipaksa untuk menandatangani dua perjanjian dalam bahasa Inggeris dan Urdu dan diugut tidak akan dihantar pulang ke Malaysia serta akan mati di Pakistan.

"Saya menerima panggilan daripada suami pada 8 Mac memberitahu bahawa saya akan dihantar pulang dengan syarat menyerahkan rumah, kereta dan duit.

"Dua hari kemudian, saya diberi tiket penerbangan untuk pulang tetapi anak saya masih berada bersama keluarga suami di sana," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: suami culik anak

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan