Bahang Sambutan Hari Malaysia Dirasai Seluruh Miri

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 11:55 AM

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan akan diadakan di Dataran Kipas, Miri, malam Selasa. - foto ZULAZHAR SHEBLEE/THE STAR

(Ubah saiz teks)

MIRI: Bahang sambutan Hari Malaysia ke-51 peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Kipas di sini malam  Selasa sudah mula dirasai sejak beberapa hari lepas dengan kibaran Jalur Gemilang menghiasi bangunan-bangunan di bandar raya minyak ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka tiba lewat petang Selasa bagi menyertai ramai pemimpin persekutuan dan negeri yang sudah berhimpun di bandar raya ini sejak Isnin bagi acara kemuncak itu.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud merupakan tetamu kehormat pada majlis itu bersama-sama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan anggota Kabinet negeri.

Pelbagai acara sudah ditampilkan di sini sejak beberapa hari lepas sebagai 'kiraan detik' ketibaan sambutan Hari Malaysia malam ini, bagi memeriahkan sambutan ulang tahun pembentukan Malaysia itu. 

Tanggal 16 September menjadi tarikh keramat yang menyaksikan seluruh rakyat menghayati pembentukan Malaysia menerusi kata sepakat yang dicapai antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak (juga Singapura ketika itu) pada tahun 1963.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytihar sebagai hari cuti awam di seluruh negara mulai tahun 2010 ekoran pengumuman Najib pada Oktober tahun sebelumnya.

Selain persembahan kebudayaan, acara hiburan pentas, puisi, persembahan koir dan sebagainya, sambutan malam ini akan turut dihangatkan dengan pertunjukan bunga api berirama selama 10 minit menerangi ruang udara bandaraya Miri.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan selaku menteri bertanggungjawab terhadap majlis sambutan itu berkata, orang ramai yang hadir pada sambutan malam Selasa juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi acara cabutan bertuah.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, beliau berkata pelbagai hadiah bernilai lebih RM20,000 disediakan bagi acara itu, antaranya motosikal, televisyen LED pelbagai saiz, iPad dan banyak lagi.

Tags / Kata Kunci: Hari Malaysia , Miri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan