Akta Hasutan Halang Malaysia Jadi Negara Demokrasi Berjaya - Saifuddin - Berita Semasa | mStar

Akta Hasutan Halang Malaysia Jadi Negara Demokrasi Berjaya - Saifuddin

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 2:26 PM

Saifuddin Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak boleh menjadi sebuah negara demokrasi yang berjaya dengan kewujudan Akta Hasutan, kata ahli Majlis Konsultasi dan Perpaduan Nasional (MKPN), Datuk Saifuddin Abdullah.

"Hanya ada satu sebab untuk mengekalkan akta tersebut dan sebab utama itu adalah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat.

"Kita tidak boleh menjadi negara demokrasi yang baik sekiranya terus memupuk budaya ketakutan.

"Saya orang lama dalam parti politik tetapi Akta Hasutan memberi kesan kepada semua pihak. Sesiapa saja boleh terkena kesan akta tersebut, dan terdapat pelbagai masalah dengan akta itu," kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di sini, Isnin.

Beliau turut menganggap akta tersebut sebagai undang-undang yang zalim kerana sesiapa sahaja boleh didakwa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menggesa Akta Hasutan dimansuhkan sebanyak tiga kali.

"Saya yakin perdana menteri benar-benar mahu akta itu dimansuhkan tetapi terdapat segelintir pihak yang menghalang beliau berbuat demikian," kata Saifuddin.

Beliau berkata, pemansuhan akta tersebut bukan sahaja memacu Malaysia menjadi negara demokrasi yang berjaya dan berdaya saing.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, akta tersebut tidak akan menghentikan suara rakyat Malaysia.

"Bersih melancarkan kempen 'Make My Day', bertujuan untuk membuktikan rakyat tidak gentar.

"Kita ada hak untuk bersuara, kita ada hak untuk mengetengahkan isu penting mengenai negara kita. Kita mempunyai hak untuk berkongsi pendapat di Twitter dan Facebook.

"Rakyat akan terus memperjuangkan hak mereka," kata Maria.
Tags / Kata Kunci: Akta Hasutan , Saifuddin Abdullah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan