PRK Pengkalan Kubor: Calon BN Punya Kelebihan Didokong Parti Yang Baik & Kerajaan Pusat

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 7:02 PM

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail (kanan) bertanya khabar kepada Fauzi Yusoff, 42, ketika mengadakan lawatan ke Kampung Bunohan.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tidak dipunyai dua pesaingnya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata selain mempunyai calon yang baik, ia juga diberikan dalam menerusi pakej BN-Umno yang merupakan sebuah parti terbaik serta ditambah dokongan pimpinan kerajaan Persekutuan.

"Saya tak nampak orang lain, berbanding dua lagi calon lawan yang boleh mengatasi dari segi ketokohan beliau (calon).

"Apabila beliau menjadi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) dengan izin Allah, yang ada bersama calon kita Mat Razi Mat Ail adalah seluruh kekuatan...menteri, timbalan menteri dan kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media di sini, Selasa.

Ketua Penerangan Umno itu berkata, berbanding dengan PAS, calon yang diketangahkan hanya mempunyai kekuatan sokongan daripada kerajaan negeri.

"Calon PAS cuma kerajaan negeri sajalah.

"Kerajaan Pusat yang lebih mempunyai segala sumber untuk membangunkan kawasan Pengkalan Kubor ini," katanya.

Mengulas mengenai pilihan raya kali ini yang dilihat tidak rancak dari segi kempen, beliau berkata ia mungkin disebabkan parti lawan sibuk dengan muktamar dan aktiviti kempen masih di peringkat awal.

Katanya, walaupun BN telah memulakan kempennya sejak awal, namun setiap parti mempunyai pendekatan dan strategi yang tersendiri.

"Pilihan raya ada macam-macam strategi, tak semestinya gembar-gembur sangat dan tak semestinya terlalu berusaha sangat," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mungkin menganggap pilihan raya dan kerusi DUN Pengkalan Kubor tidak penting tetapi tidak bagi BN yang mahukan seorang Adun pembangkang yang berkesan di dalam sidang DUN.

"Kelantan ni mereka sudah memerintah. Saya yakin jika Mat Razi diberikan peluang beliau boleh menjadi seorang Adun yang berkesan.

"Mereka (PAS) sudah dapat negeri dan tahu kerusi ini pun tradisi BN, mungkin faktor ini kempen tidak rancak," katanya.

Ahmad Maslan berkata dalam kempen kali ini, BN tidak akan hanya menumpukan kepada Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang tewas sebaliknya memberikan tumpuan kepada kesemua 12 PDM.Pada Pilihan Raya Umum ke-13 BN menang di tujuh PDM dan kalah di lima PDM.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Maslan , PRK Pengkalan Kubor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan