300 Penduduk Gombak Berhimpun Nyatakan Sokongan Kepada Sultan Selangor

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 10:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 300 penduduk sekitar Gombak pada Selasa mengadakan perhimpunan secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu jawatan menteri besar Selangor.

Perhimpunan di Dataran Taman Desa Minang, dekat sini itu diketuai UmnoBahagian Gombak dan disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Inspirasi Melayu Gombak (Impak), Persatuan Penduduk Taman Desa Minang dan Persatuan Armada Malaiu (ulang: Malaiu) Malaysia. 

Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamaruddin berkata perhimpunan itu bertujuan menzahirkan iltizam dan semangat untuk terus mempertahan institusi raja supaya tiada pihak sewenang-wenang berani memperlekeh institusi tersebut.  

"Jangan sesekali salah guna hak untuk bersuara kerana dalam demokrasi ada suara tertentu yang perlu dihadkan demi menjaga keharmonian dan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu. 

Menyifatkan individu memperlekeh institusi diraja sebagai pengkhianat, Abdul Rahim berkata rakyat harus menghormati institusi itu yang telah wujud ratusan tahun.

Tags / Kata Kunci: sokong Sultan Selangor

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan