Perodua Axia Letak Penanda Aras Dalam Pasaran Kereta EEV - TPM

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 11:24 PM

Muhyiddin (dua dari kiri) memberi isyarat bagus kepada model terbaru keluaran Perodua iaitu Perodua Axia yang dilancarkannya di Kuala Lumpur, malam Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Model terbaru Perodua Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia yang dilancarkan oleh Perodua, sudah pasti akan menetapkan penanda aras baharu dari segi kualiti, pengurusan kos dan produktiviti dalam pasaran EEV.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perodua Axia telah membuktikan syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah mampu menyesuaikan diri dalam industri automotif dan berkembang di Malaysia.

Adalah menjadi harapan kita bahawa jenama ini akan muncl sebagai pemain serantau dan kemudian menjadi jenama yang dikenali di seluruh dunia," katanya dalam ucapannya semasa melancarkan model itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam Isnin.

Antara yang turut hadir ialah Duta Jepun di Malaysia, Makio Miyagawa, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri Pengerusi Perodua Tan Sri Asmar Kamaluddin dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup, turut memuji Perodua kerana tampil mengeluarkan model kereta cemerlang yang bernilai untuk wang.

Beliau berkata Perodua telah menghadiahkan ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan apa yang mereka benar-benar berhak dengan membangunkan kereta tersebut yang dituntut oleh pasaran.

"Ini adalah kereta yang menawarkan reka bentuk mudah dan kontemporari dengan menggabungkan fungsi, praktikal dan mesra alam tetapi boleh didapati pada lingkungan harga berpatutan.

"Berdasarkan senarai harga dan ciri-ciri yang terdapat dalam kereta ini, saya percaya Perodua Axia akan diterima baik oleh rakyat Malaysia dan saya juga berharap model ini akan dipasarkan di rantau Asia dalam masa terdekat," katanya.

Muhyiddin juga berkata tumpuan EEV di Malaysia bukan semata-mata kepada kenderaan cekap tenaga tetapi turut merangkumi kitaran hayat teknoloji hijau automotif.

Beliau berkata adalah penting untuk mengambil kira rantaian nilai automotif secara keseluruhan dalam mentransformasikan industri ke arah berkekalan.

"Kadar pelepasan gas rumah hijau perlu dikawal sepanjang masa dalam proses mengeluarkan kenderaan manakala pengeluar kenderaan dan komponen perlu memperbaiki proses pengeluaran masing-masing bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

"Ia juga termasuk mengoptimumkan penggunaan tenaga dan sumber-sumber pengurusan," katanya.

Dengan pelaburan berterusan oleh syarikat-syarikat seperti Perodua, Muhyiddin berkata rancangan kerajaan untuk menjadi hab pengeluaraan kenderaan EEV di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 akan direalisasikan.

Tags / Kata Kunci: Perodua Axia , Muhyiddin Yassin , EEV

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan