Hanya Allah Boleh Tentukan Siapa Yang Layak Mati Syahid - Mujahid

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 4:57 PM

Mujahid Yusof Rawa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiada siapa selain Allah yang dapat menentukan sama ada seseorang individu itu mati syahid dan tiada siapa boleh menghalang seseorang daripada meneruskan niat untuk berbuat demikian, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Memburu syahid adalah sesuatu yang suci dan kita tidak boleh menghalang pendapat mereka mengenai perkara ini.

"Namun, PAS sebagai sebuah parti mengambil keputusan jelas bahawa sesiapa yang terlibat dalam proses polititk selain rangka kerja parti, di dalam atau luar negara, tidak lagi menjadi tanggungjawab parti ini.

"Jika seseorang individu memutuskan untuk memperjuangkan keadilan dan menentang ketidakadilan terhadap golongan ditindas, peluang untuk mati syahid menanti anda, hanya ia tiada kaitan dengan parti,"  katanya ketika dihubungi The Star Online.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, individu terbabit perlu memastikan tindakan mereka berada pada landasan yang betul.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Abduh Nik Aziz yang memberi penghormatan kepada pejuang jihad warganegara Malaysia di Syria, Mohd Lotfi Ariffin yang menyifatkan beliau sebagai 'syahid'.

Lotfi, 45, maut selepas berada dalam koma akibat serangan hendap yang dilancarkan militan pemberontak di timur Hama pada Selasa lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata parti mengambil pendirian untuk menjauhkan diri daripada peperangan yang berterusan di Iraq dan Syria, malah telah memecat semua ahli yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

"Kami memutuskan untuk tidak terlibat dengan konflik tersebut kerana kami percaya ia adalah perang proksi dan kami tidak menggalakkan ahli parti untuk pergi ke sana," katanya.


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan