Mahkamah Khas DBKL Percepat Pendakwaan - Datuk Bandar - Berita Semasa | mStar

Mahkamah Khas DBKL Percepat Pendakwaan - Datuk Bandar

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 9:05 PM

Datuk Seri Ahmad Phesal Talib

Ahmad Phesal Talib.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menubuhkan Mahkamah Majistret khas bagi memaksimumkan pendakwaan yang dijalankan di bawah bidang kuasanya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata tempoh dua hari sahaja untuk pihaknya menjalankan pendakwaan bagi semua notis kesalahan yang dikeluarkan di Mahkamah Majistret sedia ada tidak mencukupi.

"Dengan kadar kesalahan (trafik dan am) yang semakin meningkat setiap hari, kita tidak boleh ambil tindakan kepada pesalah jika keputusan di peringkat mahkamah belum diputuskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Penguatkuasa ke-45 DBKL di sini, Isnin.

Katanya, bagi tempoh Januari-Ogos 2014, sebanyak 807,531 notis kesalahan am dan kesalahan trafik dikeluarkan membabitkan jumlah kompaun RM4.57 juta.

Beliau berkata dengan penubuhan mahkamah khas itu, pendakwaan terhadap semua kesalahan yang dilakukan di bawah penguatkuasaan DBKL akan dapat dilakukan sepenuh masa sepanjang minggu. 

Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata kira-kita lima juta notis atas pelbagai kesalahan am dan trafik dikeluarkan sejak 2007.

Tags / Kata Kunci: mahkamah khas , DBKL
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan