Lihat Anak Bulan Zulhijjah 24 September Ini - Berita Semasa | mStar

Lihat Anak Bulan Zulhijjah 24 September Ini

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 10:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah untuk menentukan Hari Raya Aidiladha ditetapkan petang 24 September bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. 

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
 
Sebanyak 29 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan iaitu di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam di Selangor.

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.

Lokasi lain: Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu. 

Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah. 

Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan di Labuan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis. 

Pada malam itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Qurban menerusi radio dan televisyen.

Tags / Kata Kunci: anak bulan , Zulhijjah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan