MAS: Kontrak Ahmad Jauhari Dilanjutkan Setahun

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 6:53 PM

Ahmad Jauhari Yahya

Ahmad Jauhari Yahya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontrak Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) dilanjutkan setahun dari 20 September ini hingga 19 September 2015.

MAS mengumumkan perkara itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin.

Kontrak tiga tahun Ahmad Jauhari dijadual tamat pada bulan ini.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Ahmad Jauhari akan terus menerajui entiti sedia ada MAS sehingga 1 Julai, 2015 untuk melancarkan peralihan daripada entiti lama kepada entiti baharu MAS yang disusun semula. 

Beliau memperoleh dua bulan tambahan berikutan lanjutan kontrak tersebut. 

Dilaporkan sebelum ini bahawa pemegang saham utama MAS, Khazanah Nasional Bhd, mencari calon-calon yang berpotensi daripada industri penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MAS.

CEO baharu itu yang bakal menggantikan Ahmad Jauhari akan diumumkan akhir tahun ini, menurut laporan itu. 

Di bawah pelan 12 perkara, sebuah syarikat baharu (NewCo) akan ditubuhkan pada Julai 2015 untuk menempatkan MAS yang baharu, penghijrahan tenaga kerja dan amalan kerja serta kontrak yang bersesuaian ke syarikat baharu.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Jauhari Yahya , MAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan