PRK Pengkalan Kubor: Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa Pada 25 September

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 5:26 PM

Ahmad Yaakob.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan negeri Kelantan pada Isnin mengisytiharkan 25 September 2014 sebagai hari cuti peristiwa.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata keputusan tersebut diputuskan selepas membuat pertimbangan mengenai kesukaran pengundi yang akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat pada hari pembuangan undi kerana hari tersebut adalah hari bekerja, pihak kerajaan amat menaruh simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga yang terlibat, saya sebagai ketua kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat  mengisytiharkan bahawa tarikh 25 september 2014 sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh negeri Kelantan.

"Harapan saya agar proses pengundian pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan aman tanpa ada sebarang unsur memanipulasi undi," katanya dalam satu kenyataan media, Isnin.

Menerusi kenyataan tersebut, beliau berkata undi hari bekerja adalah menyulitkan pergerakan rakyat.

"Sepatutnya kerajaan persekutuan melihat kepada kesukaran-kesukaran yang bakal dilalui oleh kakitangan awam dan swasta," katanya.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia 20 Ogos lalu akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 September ini sebagai hati membuang undi dan 13 September sebagai hari penamaan calon.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan