Khidmat Tidak Memuaskan, Jemaah Haji Swasta Boleh Lapor Kepada TH

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 10:56 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Jemaah haji yang tidak berpuashati dengan syarikat swasta yang mengendalikan perkhidmatan ibadah haji mereka perlu membuat laporan kepada Tabung Haji (TH) di Tanah Suci.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji TH Mat Admara Alang Azizdin berkata ini adalah bagi memastikan badan itu dapat menjalankan siasatan serta merta ke atas aduan yang dibuat dan mengambil tindakan terhadap syarikat itu jika didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.

"TH memang serius (dalam menangani isu syarikat swasta yang melanggar terma dan syarat perjanjian)," katanya kepada media Malaysia di sini Ahad.

Beliau berkata enam tahun lepas sebanyak 30 syarikat swasta diberikan lesen untuk mengendalikan jemaah haji, tetapi tahun ini hanya 18 syarikat sahaja yang telah diberikan lesen yang mengendalikan kira-kira 3,000 jemaah haji.

Pada tahun lepas 19 syarikat telah diberikan lesen, dan tahun ini salah satu daripada syarikat itu telah gagal dalam laporan penyata kewangan yang dikemukakannya kepada TH, katanya.

Mat Admara berkata TH sentiasa memantau pakej haji swasta bagi memastikan jemaah haji mendapat apa yang dijanjikan, termasuk mengukur jarak hotel dengan Masjidilharam seperti yang diiklankan oleh syarikat swasta.

Beliau berkata jemaah haji dan juga mereka yang ingin melakukan ibadah umrah dengan syarikat swasta perlu memastikan syarikat yang mereka pilih telah mendapat lesen dari TH, kerana syarikat-syarikat ini telah disaring oleh TH.

Syarikat-syarikat swasta ini mengenakan bayaran untuk ibadah haji lebih tinggi dari perkhidmatan muassasah TH iaitu antara RM18,000 hingga RM169,000 seorang, kerana beberapa penambahbaikan iaitu tempat penginapan lebih dekat dengan Masjidilharam, makan dan minum secara buffet, dan lebih ramai petugas, katanya.

Pasukan pemantau TH, termasuk Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PITAS) akan menilai petugas-petugas haji syarikat swasta itu serta nilai perkhidmatan yang diberikan, selain penilaian menerusi maklum balas daripada jemaah haji syarikat swasta menerusi borang soal selidik yang diedarkan, katanya.

Mat Admara berkata pihaknya akan mengkategorikan kesalahan yang dilakukan oleh syarikat swasta dalam tiga kategori iaitu sederhana, serius dan sangat serius di mana syarikat itu boleh ambil tindakan sama ada diberikan amaran, denda atau tidak diperbaharui lesen.

Kesalahan serius lain yang dilakukan oleh syarikat haji swasta ini ialah menempatkan jemaah haji di bangunan penginapan melebihi had yang ditetapkan dan menempatkan tujuh orang dalam bilik yang hanya boleh memuatkan tiga orang.

Beliau berkata ada syarikat yang mengutip bayaran tambahan setibanya jemaah di Tanah Suci, ini melanggar peraturan TH yang tidak membenar syarikat swasta mengutip wang tambahan selepas tiba di Tanah Suci.

TH membuka permohonan untuk syarikat swasta mendapat lesen bagi mengendalikan jemaah haji sepanjang tahun, dan hanya mereka yang lulus lebih 80 peratus daripada peraturan yang ditetapkan akan diluluskan permohonan lesen, katanya.

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , Haji , Makkah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan