GST Bantu Jamin Masa Depan Malaysia: PM

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 11:51 AM

Najib Tun Razak (tengah) turut melancarkan tiga buah buku mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Rabu lalu. Turut hadir dua Timbalan Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Maslan (kiri) dan Datuk Chua Tee Yong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak lagi sesuai untuk ekonomi yang berkembang pesat dan progresif dari segi ekonomi seperti Malaysia dan adalah penting bagi negara mengembangkan dan mempelbagaikan asas cukainya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Malaysia memerlukan sistem cukai yang lebih berkesan dan saksama yang akan membantu negara menjamin masa depannya.

Berucap pada Seminar Antarabangsa mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia pada Isnin, Najib berkata Malaysia tidak boleh mengekalkan pertumbuhan dan pembangunannya berdasarkan kepada aliran pendapatan semasa semata-mata. 

"Hanya satu daripada 10 rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan individu dan 40 peratus daripada pendapatan kerajaan datang daripada minyak dan gas, sumber yang kita tahu terbatas," katanya.  

Oleh kerana itulah pada April 2015, kerajaan akan melaksanakan pembaharuan sistem cukai dan menggantikan SST dengan GST," kata Najib.

Najib berkata GST merupakan cukai moden yang akan menghapuskan kelemahan dalam cukai semasa.      |

"Sebagai contoh, GST mempunyai unsur-unsur semakan silang yang akan meningkatkan pematuhan cukai dan menggalakkan penjimatan dan pelaburan," kata beliau.

Beliau berkata sebagai satu inisiatif penting di bawah Program Transformasi Ekonomi, GST merupakan pembaharuan strategik yang bertujuan untuk memodenkan sistem cukai negara untuk menjadikannya lebih berkesan, cekap dan mesra perniagaan.      

Najib juga mengulangi bahawa GST akan menjadikan perniagaan lebih berdaya saing dalam pasaran global dan mereka juga akan mendapat manfaat daripada kos menjalankan perniagaan yang lebih rendah.      

"Cukai akan digunakan secara adil dalam kalangan semua perniagaan, menjadikannya lebih daripada hanya cukai. Secara ringkasnya, ia akan menjadi suatu baik untuk perniagaan," kata beliau.

Najib berkata banyak langkah telah diambil untuk memastikan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, tidak akan dibebani oleh GST.      

"Kita tidak mahu GST memberi kesan buruk kepada rakyat. Itulah sebabnya banyak barang dan perkhidmatan akan dikecualikan, seperti air dan bahan makanan asas, pengangkutan, pendidikan dan penjagaan kesihatan," kata beliau.      

Najib juga menekankan bahawa perbuatan mengeksploitasi harga tidak akan diterima.      

Kerajaan telah mengukuhkan tindakan penguatkuasaan melalui majlis penetapan harga dan pengedaran panduan harga kepada pembeli sebelum dan selepas GST, dan di samping itu Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan digunakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.      

Najib meminta semua syarikat Malaysia supaya mengelak daripada "sindrom klasik Malaysia" dengan membuat pendaftaran pada saat-saat akhir.      

"Lebih awal menyediakannya, terutama bagi yang tidak dapat dielakkan, lebih baik," kata beliau.      

Terdahulu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata sebanyak 35,998 syarikat telah mendaftar untuk GST dengan Kastam sehingga Ahad sejak Jun tahun ini.      

Kementerian menyasarkan 123,000 syarikat mendaftar untuk GST pada akhir tahun ini.

Tags / Kata Kunci: GST

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan