PKR Dakwa Lebih 300 Salinan Akhbar Suara Keadilan Dirampas Di Kedah

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lebih 300 salinan akhbar Suara Keadilan milik parti itu di Kedah.

Laman web The keadilandaily melaporkan jilid ke-189 akhbar terbabit dirampas pada Rabu di Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas.

Menurut laporan itu, beberapa salinan akhbar jilid ke-188 akhbar terbabit turut dirampas di Kepala Batas dan Jitra.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan rampasan tersebut.

Beliau berkata, satu kenyataan media mengenai perkara tersebut akan dikeluarkan parti itu dalam masa terdekat.

Pada Mac lalu, KDN berkata, permit pembaharuan penerbitan Suara Keadilan ditolak kerana kandungan akhbar terbabit melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Kementerian berkata, penerbit akhbar terbabit diberi surat tunjuk sebab tetapi gagal menjawab surat tersebut yang menyebabkan keputusan permohonan akhbar tersebut tertangguh.

Pada 2010, Suara Keadilan diberi surat tunjuk sebab mengenai penyiaran artikel mengenai Felda.

Tags / Kata Kunci: Suara Keadilan , PKR , dirampas , Kedah , KDN

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan