Mesyuarat Khas Perhalusi SOP UPSR Pada Isnin - TPM

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI SIPUT: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin bagi memperhalusi secara terperinci Prosedur Operasi Standard (SOP) penyediaan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata mesyuarat itu, yang akan diadakan di Putrajaya, akan dihadiri pihak berkenaan serta pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan bagi memastikan kes kebocoran kertas soalan UPSR tidak berulang.

"Mesyuarat esok juga akan tumpukan kepada persediaan peperiksaan gantian dua kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 Sept ini, biasanya persiapan peperiksaan akan diserahkan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia tetapi saya juga harus tahu bagaimana proses itu dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Sungai Siput dan bangunan baharu Wisma Umno Sungai Siput di sini, Ahad.

Muhyiddin berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan soal keselamatan dan langkah pihak lain, yang turut mengambil tindakan membantu kementerian dalam kes kebocoran itu termasuk Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Beliau berkata soal keselamatan dalam SOP penyediaan kertas peperiksaan sehingga proses ia dibawa masuk ke sekolah perlu diperketatkan dan dipatuhi selain pegawai yang diberi kuasa perlu menjaga amanah yang diberi.

"Pentingnya pegawai yang dilantik beramanah, malangnya ada juga kes-kes yang sebabkan kebocoran berlaku. Bila sudah berlaku, kita tidak boleh ambil mudah, perlu perkukuhkan peraturan sedia ada," katanya.

Muhyiddin turut mengulangi bahawa ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan penting dalam menenteramkan emosi anak mereka supaya tidak tertekan untuk menduduki semula peperiksaan pada hujung bulan ini.

"Dalam sistem kementerian, sekiranya tidak lulus UPSR pun tetap naik ke Tingkatan 1, tetapi ada kalangan masyarakat kita hendak melihat pencapaian anak mereka dengan memperoleh semua A. Ada persaingan sebab itu ada tekanan, yang penting peranan ibu bapa untuk tenteramkan anak," katanya.

Beliau berkata akibat daripada kes kebocoran itu, kerajaan terpaksa menanggung kos berganda untuk dua mata pelajaran itu apabila perlu menyediakan semula soalan baharu dan mencetaknya selain membayar elaun guru yang diberi tugas tambahan menjaga dewan peperiksaan.

Pada Rabu lepas, Lembaga Peperiksaan Malaysia mengumumkan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis ditangguhkan berikutan kebocoran kertas peperiksaan.

Keesokannya, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pula berkata bahawa kertas UPSR mata pelajaran Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga bocor dan pelajar perlu menduduki semula peperiksaan itu.

Lembaga Peperiksaan Malaysia kemudian mengumumkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 serta kertas Sains.

Tags / Kata Kunci: UPSR

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan