PR1MA Bina 1,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Langkawi

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 8:16 PM

Najib (dua kiri) memterai memorandum persefahaman (MoU) antara PR1MA dengan Lada di Langkawi, Kedah. - foto G.C.TAN/TheStar

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) pada Ahad menjalin perkongsian strategik untuk membangunkan projek perumahan termasuk membina 1,000 unit rumah mampu milik di pulau peranginan ini.

Projek pembinaan perumahan dua fasa membabitkan tanah keluasan 57.6 hektar milik Lada itu turut merangkumi rumah teras setingkat, dua tingkat dan apartmen.

Ke arah merealisasikan projek pembangunan itu, PR1MA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Lada yang disaksikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Majlis itu diadakan sempena perasmian Inisiatif Pemerkasaan Komunikasi Langkawi dan Karnival Jalur Lebar oleh Perdana Menteri di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengerusi PR1MA Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias manakala Lada diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Khalid Ramli.

Najib dalam ucapan perasmian inisiatif itu berkata projek perumahan mampu milik itu amat dinantikan oleh penduduk pulau peranginan itu.

"Lada meluluskan tapak 57.6 hektar, jarak dua kilometer dari Kuah untuk dibina 1,000 unit rumah. Yang pasti harganya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran," katanya.

Sementara itu, Abdul Mutalib berkata projek pembangunan di tanah seluas 57.6 hektar itu itu terbahagi kepada dua fasa iaitu 22 hektar untuk rumah teras setingkat, dua tingkat dan apartmen manakala fasa kedua seluas 35.6 hektar turut melibatkan pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik.

"Kami yakin projek perumahan di Langkawi akan mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan lokasinya sebagai destinasi pelancongan.

"Masyarakat diseru agar tampil mendaftar untuk berpeluang memiliki rumah PR1MA," katanya dalam kenyataan selepas majlis itu.

Menurutnya pembinaan fasa pertama projek itu dijangka bermula akhir tahun depan.

Katanya projek itu dilihat sebagai satu komitmen berterusan PR1MA bagi membantu rakyat terutama golongan muda yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah pada harga berpatutan.

Dalam pada itu, Khalid berkata projek berkenaan merupakan salah satu usaha Lada dalam menyediakan rumah berkualiti kepada masyarakat, sekali gus meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat di Langkawi.

"Projek PR1MA juga akan memberi peluang kepada usahawan tempatan dalam meningkatkan sosio-ekonomi mereka serta menyelesaikan masalah kekurangan rumah kos sederhana di Langkawi," katanya.

Menurut kenyataan itu, sehingga akhir Ogos lalu PR1MA telah meluluskan sebanyak 70 projek di beberapa negeri dan tujuh daripadanya di Kedah iaitu di Alor Setar, Kuala Ketil, Sungai Petani dan Kulim.

Lebih 700,000 orang telah mendaftar untuk memiliki rumah PR1MA dan daripada jumlah itu, 10,335 di Kedah termasuk 865 di Langkawi.

Tags / Kata Kunci: PR1MA , Langkawi

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan