Kemampuan Jalur Lebar Seluruh Negara Capai Lebih 67 Peratus - PM

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 6:10 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Usaha kerajaan untuk memperluaskan kemampuan jalur lebar negara membuahkan hasil yang amat positif apabila kadar penembusannya kini adalah lebih 67 peratus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pada 2009, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia adalah 31.7 peratus dan angka terbaharu bagi tahun ini sebanyak 67.1 peratus.

"Hanya 7.9 peratus lagi untuk sampai 75 peratus sasaran menjelang 2015," katanya ketika merasmikan Inisiatif Pemerkasaan Komunikasi Langkawi dan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) di sini, Ahad.

Najib menjelaskan pembangunan sesebuah negara dan kemudahan telekomunikasi saling berkaitan dan kadar penembusan jalur lebar di Malaysia kini meningkat berkali ganda.

"Perkaitan antara pembangunan dan telekomunikasi adalah seperti enjin dan jentera. Pembangunan membawa kitake destinasi seperti jentera manakala teknologi memacu pembangunan negara seperti enjin. 

"Kalau enjin berupaya tinggi, maka cepatlah sampai ke destinasi, kaitan ini bukan halusinasi," kata perdana menteri.

Najib berkata banyak kajian dan laporan termasuk yang diterbitkan oleh kesatuan teknologi antarabangsa menyatakan pelaburan untuk membangunkan infrastruktur dapat meningkatkan produktiviti dan memacu pembangunan.

Menurutnya infrastruktur telekomunikasi yang baik juga mencetuskan tranformasi, meningkatkan kebolehan rakyat, menjana inovasi, melancarkan urusan dan meluaskan kerjasama. 

"Sebanyak 10 peratus kadar penembusan jalur lebar didapati meningkatkan efisiensi sebanyak 3.6 peratus dan peningkatan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebanyak 1.2 peratus," kata perdana menteri.

Mengenai pembangunan jalur lebar di Langkawi, beliau berkata menjelang 2015, penduduk serta pelancong pulau ini akan menikmati perkhidmatan jalur lebar lebih baik dengan kadar penembusan sebanyak 97 peratus liputan 3G berbanding 70 peratus sebelum ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pembangunan jalur lebar adalah pelaburan strategik khusus bagi meningkatkan kemudahan telekomunikasi Langkawi yang dijangka menelan belanja sebanyak RM300 juta.

Beliau berkata pelaburan itu termasuk membina tiga Pusat Internet 1Malaysia, 260 hotspot Wifi 1Malaysia, 10 menara telekomunikasi baharu, dua ibu sawat Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), 80 kilometer lingkaran kabel gentian optik, tambahan kabel dasar laut dari Kuala Perlis ke Langkawi serta peningkatan 2G kepada 3G bagi tempoh 2014-2015.

"Tiga Pusat Internet 1Malaysia akan dibina di Kampung Padang Wahid, Padang Lalang dan Taman Delima yang akan melatih penduduk Langkawi menggunakan jalur lebar dengan bijak dan bermanfaat," katanya.

Difahamkan, pemerkasaan perkhidmatan komunikasi itu juga bertepatan dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang bakal diadakan pada 20 hingga 22 April 2015 di pulau pelancongan ini.

Peningkatan pelancong setiap tahun juga faktor utama sistem telekomunikasi Langkawi perlu dinaik taraf supaya seiring dengan keperluan pengguna yang kian meningkat selaras dengan Blueprint Pelancongan Langkawi bagi tempoh 2011-2015.

Tags / Kata Kunci: jalur lebar , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan