Isu Indira Gandhi: Polis Perak Belum Terima Arahan KPN

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 10:16 AM

Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

IPOH : Polis Perak masih belum menerima apa-apa arahan untuk bertindak berkaitan dengan perebutan hak jagaan di antara guru tadika M. Indira Gandhi dan bekas suaminya yang juga seorang mualaf.

Sumber polis berkata, Bukit Aman sudah dimaklumkan sejak Jumaat lalu selepas Indira Gandhi mendapat keputusan Mahkahmah Tinggi Ipoh mengeluarkan perintah mandamus terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, memaksanya untuk menjalankan perintah mahkamah sivil bagi menangkap Mohd Ridzuan Abdullah dan mengembalikan anaknya Prasana Diksa,6,.

"Belum ada apa-apa arahan daripada Ketua Polis Negara atau pentadbiran polis untuk membuat tangkapan atau mencari kanak-kanak itu.

"Saya yakin Bukit Aman akan membuat kenyataan pada Isnin selepas perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara yang merancang untuk merayu perintah mandamus tersebut," jelas sumber itu.

Khalid menjadi ketua polis negara yang pertama dalam Negara-Negara Komanwel yang berdepan dengan perintah mandamus.

Beliau diberi masa sehingga Khamis ini untuk menangkap Mohd Ridzuan dan mengembalikan kanak-kanak itu kepada ibunya atau Khalid dianggap menghina mahkamah.

Mohd Ridzuan telah menjaga anak itu sejak April 2009.

Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan kepada Ridzuan pada 2009 selepas dia menukar agama mereka kepada Islam.

Bagaimanapun, pada Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan penukaran agama kanak-kanak itu dan memutuskan sijil penukaran agama mereka tidak menurut perlembagaan.

Pada 30 Mei, mahkamah itu yang mendapati Ridzuan menghina mahkamah kerana gagal memulangkan Prasana kepada Indira, juga memberi dia perintah mendapatkan balik dan waran tangkap ke atas bekas suaminya.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani enggan mengulas mengenai kes ini.

Tags / Kata Kunci: m.Indira Gandhi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan