MB Selangor: Hanya Sultan Boleh Tentukan, Saya Tiada Hak - Hadi Awang

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 11:01 AM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tiada hak untuk menentukan siapa yang patut dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Katanya, hanya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang boleh menentukan siapa yang patut dilantik memegang jawatan itu, justeru tidak tidak timbul isu mengenai pendiriannya yang didakwa mahu Tan Sri Abdul Khalid kekal memegang jawatan itu.

Hadi berkata, PAS menghantar tiga nama calon menteri besar dan seterusnya menyerahkan perkara ini diselesaikan mengikut budi bicara Sultan Selangor.

"Hak untuk menentukan menteri besar di Selangor bukan saya tetapi Tuanku Sultan.

"PAS serah tiga nama, parti lain serah berapa nama saya tak tahu. Sultan Selangor boleh menentukan siapa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pilihan raya di Pengkalan Kubor, di sini, malam Sabtu.

Kemelut menteri besar di Selangor kembali diperkatakan apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataannya pada Sabtu mendakwa Hadi masih mahu mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Hadi ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu bagaimanapun tidak memberikan jawapan secara jelas.

"Saya baru balik dari Jakarta, tak tengok surat khabar lagi," katanya.

Mengenai pertemuan dengan Nik Nazmi, beliau tidak pasti mengenai perkara itu kerana jadualnya yang padat.

"Semalam (Jumaat) ada ceramah...ramai orang jumpa saya, daripada PAS, wartawan pun ada jumpa temuramah dengan Harakah pun ada.

"Ramai, mungkin antaranya Nik Nazmi adalah," katanya.

Dalam kenyataan Nik Nazmi, beliau menyatakan kerisauan timbul dalam Pakatan Rakyat apabila pertemuannya dengan Hadi baru-baru ini, memberikan jawapan akhirnya untuk mengekalkan Khalid apabila ditanya pandangannya untuk mencari jalan keluar isu menteri besar dan presiden parti itu sendiri akan memantau kelemahan Khalid.

Kebimbangan itu dilihat mempunyai asas apabila Hadi sebelum ini mengejutkan banyak pihak dengan mempersembahkan tiga calon kepada istana untuk dipilih sebagai menteri besar.

Tindakannya itu bertentangan dengan PKR dan DAP serta sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Selangor terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar.

Sehingga kini tiada siapa mengetahui tiga nama yang dikemukakan Hadi kepada Sultan Selangor.

Tags / Kata Kunci: PAS , PKR , Menteri Besar Selangor , Sultan Selangor

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan