Rakyat Malaysia Terjemah Khutbah Jumaat Di Masjidilharam

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 2:09 PM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Setiap Jumaat, jemaah Asia Tenggara yang memahami Bahasa Melayu pasti mendengar suara rakyat Malaysia, Mohamad Nurul Hafiz Abd Latif menterjemah khutbah secara kata demi kata ke dalam bahasa itu di Masjidilharam di sini.

 

Terjemahan khutbah oleh Mohamad Nurul, 30, pelajar sarjana Dakwah di Universiti Umm Al Qura, disiarkan dengan frekuensi FM dan boleh didengar di kawasan berhampiran pintu Raja Fahd menerusi peranti audio dan fon kepala yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata, khutbah yang diterjemahkannya boleh diikuti jemaah dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darrusalam, Singapura, Thailand dan Filipina.

Mohamad Nurul, yang memulakan tanggungjawabnya sebagai penterjemah khutbah Masjidilharam sejak 7 Jun lepas berkata, beliau terharu apabila dipilih untuk mengendalikan penterjemahan khutbah dalam bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu.

"Ini satu penghargaan kepada saya kerana (pihak Masjidilharam) membuka mimbar masjid kepada orang Malaysia untuk menterjemahkan khutbah secara langsung dalam bahasa Melayu," katanya kepada media Malaysia di sini Khamis.

Sehingga kini, beliau telah menterjemah secara langsung 14 khutbah, termasuk khutbah Aidilfitri di Masjidilharam.

Mohamad Nurul berkata, pentadbiran Masjidilharam memulakan program menterjemah khutbah Jumaat ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Peranchis dan Urdu pada Mac lepas berdasarkan jumlah jemaah paling ramai dalam keempat-empat bahasa itu.

Ditanya mengenai perasaannya ketika diberikan tanggungjawab menterjemah khutbah Jumaat pertamanya, beliau berkata: "Saya merasa terharu dan takut juga kerana ia tanggungjawab yang amat besar."

Menurutnya, cabaran besar yang dihadapinya adalah semasa menterjemah khutbah Aidilfitri baru-baru ini kerana teksnya panjang iaitu 25 muka surat selain Khatib dan Imam Masjidilharam membaca khutbah itu dengan cepat.

Anak kelahiran Besut, Terengganu dan bapa kepada tiga anak itu berada di Mekah sejak 11 tahun lepas untuk mengikuti pengajian bahasa Arab di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang Al-Quran dan Hadis.

Mohamad Nurul berkata, rakan universitinya yang juga dari Terengganu, Mohd Aswandi Ali yang merupakan penterjemah khutbah ke Bahasa Melayu di Masjidilharam, mencadangkan beliau memohon tugasan itu dengan masjid berkenaan apabila Mohd Aswandi perlu pulang bercuti ke Malaysia.

Katanya, beliau perlu melalui temuduga untuk jawatan itu sebelum diterima bertugas sebagai penterjemah Bahasa Melayu secara kontrak dengan Masjidilharam.

Beliau berharap dapat diserapkan ke jawatan itu sebagai penterjemah sepenuh masa.


Tags / Kata Kunci: Masjidilharam , Mohamad Nurul Hafiz

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan