PRK Pengkalan Kubor: Saingan Tiga Penjuru, Sejarah PRU-13 Berulang - Berita Semasa | mStar

PRK Pengkalan Kubor: Saingan Tiga Penjuru, Sejarah PRU-13 Berulang

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 10:26 AM

Calon PRK-DUN-N01 Pengkalan Kubor, Mat Razi (BN, kanan)), Wan Rosdi (PAS) dan Izat Bukhary (Bebas).

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini bakal menyaksikan sejarah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berulang apabila berlaku pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.


Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor, Mohd  Sobri Ramli pada pukul 10.15 pagi, 15 minit selepas proses penamaan calon ditutup.

Pada pilihan raya ini, BN mempertaruhkan calonnya, seorang pengasas sekolah pondok Mat Razi Mat Ail,49.

PAS pula menamakan Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, yang merupakan Setiausaha PAS Tumpat dan kontraktor binaan.

Sementara itu, calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary turut diumumkan sebagai calon yang bertanding.

Ini merupakan kali kedua calon Bebas ini beradu nasib setelah bertanding pada PRU-13 di kawasan sama namun tewas kepada calon BN dengan mendapat 65 undi.

PRK Pengkalan Kubor diadakan selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar (BN) meninggal dunia akibat kanser hati 20 Ogos lalu.

Allahyarham mengalahkan Saharun Ibrahim (PKR) dan Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Tags / Kata Kunci: PRK , Pengkalan Kubor , Bebas , BN , PAS
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan