162 Konsain Makanan Dilarang Masuk Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 3:43 PM

Dr Hilmi melekatkan abjad pada papan ketika merasmikan Expo Safefood, di sini, Sabtu. Turut kelihatan Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ghazali Ohman (kiri)

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebanyak 162 konsain makanan dilarang memasuki pasaran negara disebabkan faktor keselamatan berdasarkan pemantauan yang dilakukan Kementerian Kesihatan tahun ini.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, ini berdasarkan pemantauan kementerian itu terhadap 140,234 konsain makanan yang diimport ke negara ini dengan nilai kira-kira RM18 bilion.

"Pada keseluruhannya kadar pelanggaran produk makanan yang dijual di pasaran sepanjang dekad lalu tidak menunjukan peningkatan yang signifikan iaitu hanya pada kadar 4.76 peratus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Makanan Selamat di sini, Sabtu.

Ekspo yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu menampilkan kira-kira 100 pengusaha produk makanan yang mengambil bahagian bagi mempromosi produk mereka selain memberikan kesedaran terhadap keselamatan makanan kepada pengunjung.

Sementara itu Dr Hilmi berkata 1,152 pengusaha makanan daripada kategori industri kecil dan sederhana (IKS) telah memperoleh pengiktirafan Persijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) sejak persijilan itu diperkenal tahun lepas sehingga bulan lepas.

"Persijilan MeSTI merupakan batu loncatan kepada pengusaha IKS untuk meningkatkan sistem jaminan keselamatan makanan mereka kepada tahap yang mampu memenuhi piawaian antarabangsa, seterusnya membantu IKS lebih berdaya saing terutamanya bagi menembusi pasaran antarabangsa," katanya.



iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan