Krisis Selangor: Hadi Mahu Khalid Kekal MB

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 5:06 PM

Abdul Khalid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sekutu Pakatan Rakyat apabila didakwa mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pandangan itu ternyata merisaukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP apabila PAS secara konsisten mengambil pendirian bertentangan dalam isu krisis kepimpinan di negeri itu.

Nik Nazmi mengingatkan Hadi supaya tidak berterusan mengambil keputusan yang bertentangan dengan PKR dan DAP dalam isu menteri besar.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pilihan untuk mengekalkan Khalid dinyatakan oleh Hadi ketika mengadakan pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat baru-baru ini.

"Yang agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Khalid dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Kebimbangan Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu dilihat mempunyai asas apabila Hadi sebelum ini mengejutkan banyak pihak dengan mempersembahkan tiga calon kepada istana untuk dipilih sebagai menteri besar.

Sehingga kini tiada siapa mengetahui tiga nama yang dikemukakan Hadi kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mengingatkan Hadi supaya tidak berterusan mengambil keputusan yang bertentangan dengan PKR dan DAP dalam isu menteri besar.

"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

"Meskipun isu perlantikan menteri besar belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai menteri besar peralihan yang telah diterima Sultan Selangor. Apatah lagi Tan Sri Khalid kini hanyalah Adun bebas tidak berparti," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan