Hak Singapura Naikkan Kadar Tol - Fadillah

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan Singapura mengenakan kadar tol baharu kepada kenderaan asing yang memasuki republik itu, selain menambah kadar tol sedia ada kepada kenderaan yang meninggalkannya adalah hak kerajaan negara tersebut.


Dalam satu kenyataan, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, Singapura berhak menentukan polisinya sendiri.

Pada masa yang sama, beliau berkata, kadar tol di Tambak Johor kekal RM2.90.

Singapura mengumumkan kadar tol mulai 1 Okt bagi semua kenderaan (kecuali motosikal) yang meninggalkan menerusi tambak akan dinaikkan bagi menyamai tol baharu Malaysia.

Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, negara itu mempunyai polisi yang lama tertangguh untuk menyamai caj tol di tambak dan Link Kedua yang dikenakan Malaysia.

LTA berkata, kadar tol baharu di tambak akan turut dikenakan pada semua kenderaan (kecuali motosikal) memasuki Singapura dan tiada perubahan kepada kadar tol di Link Kedua.

Fadillah berkata, tol yang dikenakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) adalah bagi infrastrukur dan kemudahan yang disedia dan diselenggara pemiliknya, untuk kegunaan orang ramai.

"Namun tiada caj dikenakan kepada penunggang motosikal," tambahnya.

Beliau berkata, CIQ di BSI berfunsgi sebagai satu pusat sehenti dan kesemua operasi dilakukan di satu tempat bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Lebuhraya Penyuraian Timur yang menghubungkan Persimpangan Pandan ke CIQ BSI dibina untuk menyurai lalu lintas di Johor Baharu dan memberi laluan terus dari Lebuhraya Plus ke CIQ BSI, katanya.

Namun Fadillah berkata, Malaysia akan terus menggalakkan pengguna yang berulang-alik setiap hari dari Singapura menggunakan pengangkutan awam.


Tags / Kata Kunci: Datuk Fadillah Yusof , Singapura , tol

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan