Percetakan Di Luar Negara Antara Tatacara Pengendalian Kertas Peperiksaan

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 9:38 PM

Idris Jusoh menunjukkan kertas peperiksaan UPSR yang berada di dalam sampul yang tertutup rapi pada sidang media berhubung kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris di Kementerian Pendidikan pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Demi menjaga kerahsiaan peperiksaan awam dan mengelak ia dikompromi, antara langkah keselamatan yang diguna pakai ialah proses pencetakan kertas soalan dilakukan di luar negara.

Dalam satu temu bual dengan seorang penggubal soalan, Bernama dimaklumkan bahawa langkah ini penting bagi mengelak kebocoran yang boleh dilakukan pihak tidak bertanggungjawab, sama ada untuk kegunaan peribadi atau berorientasikan keuntungan.

Malah, jika diteliti, prosesnya cukup ketat bermula daripada penilaian panel penggubal soalan sehinggalah ia diedar kepada pelajar pada hari peperiksaan.

Dalam temu bual itu, sumber, guru kanan sebuah sekolah di utara tanah air, berkata mereka yang ingin memohon menjadi penggubal soalan harus memiliki latar belakang kukuh selain sokongan guru besar dan pengetua masing-masing.

"Segala permohonan akan terus dihantar ke Lembaga Peperiksaan, sebab itu orang di PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) pun tidak tahu maklumat mengenai pemohon," katanya.

Badan peperiksaan itu kemudian akan menilai dan menapis pemohon dari segala aspek termasuk rekod cemerlang, tahap integriti serta penguasaan dalam subjek kertas ujian yang dipohon.

Sekiranya pemohon terpilih, mereka akan diserap ke dalam panel penggubal yang ditubuh badan peperiksaan itu, dan akan diberi taklimat dari semasa ke semasa di lokasi yang ditetapkan.

Di peringkat ini, anggota panel akan berbincang jenis soalan yang bakal dikeluarkan serta beberapa aspek lain seperti kesesuaian dengan silibus peperiksaan, pengulangan soalan dari tahun sebelumnya yang relevan dan sebagainya.

Beliau berkata sewaktu proses penggubalan soalan, anggota panel hanya dibenar menggunakan komputer yang disewa khas daripada vendor.

"Bila kita buat soalan, tidak dibenarkan menggunakan komputer peribadi. Hanya komputer yang disewa khas... bila habis semua (proses penggubalan), pihak teknikal akan 'reformat' komputer itu di hadapan penggubal soalan tadi," katanya.

Beliau berkata langkah ini penting bagi mengelak kebocoran soalan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Setelah soalan siap digubal, ia akan dimasuk ke dalam bank data sebelum dinilai semula oleh panel kedua, juga lantikan Lembaga Peperiksaan, untuk disahkan sebelum ke peringkat seterusnya, iaitu pencetakan.

Katanya, proses pencetakan biasanya hanya dilakukan di luar negara seperti England serta Australia, dan akan dikawal selia oleh pengarah atau timbalan pengarah pendidikan negeri.

Rasionalnya di sini, juga bagi mengelak situasi kebocoran sekiranya terdapat pekerja di kilang pencetakan yang memahami bahasa kertas ujian itu. Di sana, kertas peperiksaan yang siap dicetak akan dimasuk ke dalam sampul khas yang mempunyai ciri keselamatan tinggi dan dibahagi mengikut zon serta sekolah bagi memudahkan proses seterusnya, iaitu pengedaran, setibanya di tanahair.

Apabila tiba di tanah air, kertas peperiksaan akan disimpan terlebih dahulu di bilik kebal mengikut daerah, diiringi pegawai polis, bagi menjamin keselamatannya.

Beliau berkata setiap daerah atau zon biasanya memiliki satu atau dua bilik kebal sahaja bagi memastikan tahap keselamatan dapat dikawal selia dengan lebih berkesan.

Katanya, proses penghantaran kertas peperiksaan untuk kawasan pedalaman akan dilakukan satu atau dua minggu lebih, bergantung kepada faktor seperti jarak dan keadaan geografi.

"Pada hari peperiksaan, guru yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan akan diarah pergi mengambilnya pada awal pagi untuk memastikan ia tiba di pusat peperiksaan tepat pada masanya.

"Sampul yang mengandungi kertas peperiksaan ini hanya akan dibuka oleh ketua pengawas peperiksaan di hadapan murid-murid yang bertindak sebagai saksi.

Inibagi memastikan tidak berlaku sebarang kompromi terhadap kertas peperiksaan ituseperti sudah dibuka, diconteng dan sebagainya," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dilapor sebagai berkata kementerian akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti semula SOP yang diguna pakai dalam pengendalian kertas soalan peperiksaan.

Keputusan itu diambil ekoran berlakunya kebocoran serius kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris sehingga memaksa ia ditunda ke 30 September ini.

Tags / Kata Kunci: SOP , UPSR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan