Soalan UPSR Bocor: Polis Tubuh Pasukan Khas

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 7:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata pasukan petugas itu menjalankan siasatan sebaik menerima laporan polis pada Rabu lepas.

"Tiga laporan polis diterima (mengenai UPSR) iaitu dua di Putrajaya dan satu di Johor.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta denda," katanya pada Jumaat.

Gan berkata setakat ini, tiga percakapan individu dirakamkan tetapi tiada tangkapan dibuat.

Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya terletak di bawah bidang kuasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Gan berkata polis sedang mengumpul keterangan dan bekerjasama dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta agensi lain terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu boleh salurkan kebalai polis berdekatan," katanya.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.    

LPM menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Tags / Kata Kunci: upsr , bocor , polis

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan