PRK Pengkalan Kubor: SPR Siap Sedia, Jangka Proses Penamaan Calon Tenang

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 6:49 PM

Urusetia PRK, Masleza Muhammad membuat persiapan terakhir di Pusat Penamaan Calon bagi PRK DUN N.01 Pengkalan Kubor di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pagi Sabtu akan berlangsung dengan tenang dan terkawal.

Pegawai Pengurus (RO) Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli berkata, persiapan di Bilik Gerakan Penamaan Calon siap sepenuhnya dengan larangan tertentu semasa proses berlangsung dikeluarkan kepada setiap parti bertanding.

Katanya, seramai 10 pegawai pilihan raya ditugaskan di Bilik Gerakan sebagai persediaan menghadapi proses penamaan calon pada Sabtu.

"Saya jangka dan berharap ia berjalan lancar dalam suasana tenang.

"Sebagai persediaan untuk esok (Sabtu) kita mengagihkan tugas kepada 10 RO termasuk saya dengan kerjasama pegawai Jabatan Insolvensi serta agensi lain yang terlibat," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Mohd Sobri, proses penamaan calon akan dijalankan seperti biasa, di mana selepas tempoh pencalonan ditutup pada pukul 10, borang akan diproses dan pengumuman calon yang bertanding akan dilakukan.

Proses pencalonan dan penamaan calon akan dibuka pada pukul 9 pagi.




Menurut Mohd Sobri penyokong yang hadir perlu berada pada jarak 50 meter dari pintu pagar Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

"Hanya penyokong yang mempunyai pas khas yang dikeluarkan SPR sahaja yang boleh masuk ke pekarangan pusat penamaan calon.

"Kita sediakan khemah dan kerusi untuk mereka kerana mereka tidak boleh masuk ke Bilik Gerakan," katanya.

Tambahnya, beliau menjangkakan proses berjalan lancar tanpa sebarang gangguan berdasarkan latar belakang kawasan dan penduduk setempat.

"Di kawasan ini saya tak nampak sebarang masalah, tak ada isu panas," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

SPR menetapkan 13 September sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan