Sidang Media Isu Kertas UPSR Bocor Pagi Ini

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 8:31 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sidang media berhubung isu kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dijangka diadakan di Lembaga Peperiksaan Malaysia di Putrajaya pagi Jumaat.

Difahamkan, Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh akan mengadakan sidang media berkenaan yang dijadualkan pada pukul 10 pagi.

Lembaga Peperiksaan pada Khamis mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 selepas kedua-dua kertas soalan didapati berlaku kebocoran.

Pengarahnya, Dr Na’imah Ishak telah membuat dua laporan polis berhubung kebocoran kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan Sains secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kebocoran kertas peperiksaan UPSR sebagai tindakan sengaja untuk mensabotaj dirinya dan Kementerian Pendidikan.

Muhyiddin berkata, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Kementerian Pendidikan turut menafikan khabar angin yang disebar melalui laman sosial media kononnya UPSR 2014 dibatalkan berikutan insiden itu.

Idris melalui laman Twitternya menasihatkan masyarakat agar mendapatkan maklumat yang sah mengenai isu itu daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan.
"Lembaga Peperiksaan menafikan berita yang tersebar bahawa UPSR 2014 dibatalkan.

"Untuk mendapat maklumat sebenar/semasa (mengenai isu UPSR 2014), sila layari website Lembaga Peperiksaan moe.gov.my/lp," katanya.


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan