Najib Tiba Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Azerbaijan

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 7:39 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ​dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Pertama Azerbaijan, Yaqub Abdulla ​Oglu Eyyubov (kiri) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar di Baku, malam Khamis. Turut hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (kanan). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

BAKU (AZERBAIJAN): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam Khamis untuk lawatan rasmi dua hari bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Azerbaijan serta merintis jalan ke arah meningkatkan ekonomi dan pelaburan.

Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev di sini pada pukul 9.30 malam waktu tempatan (12.30 tengah malam waktu Malaysia). 

Ketibaan mereka disambut oleh Timbalan Perdana Menteri pertama Azerbaijan, Yaqub Abdulla Oglu Eyyubov, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Malaysia di Azerbaijan, Datuk Roslan Abdul Rahman. 

Ini merupakan lawatan rasmi pertama oleh seorang perdana menteri Malaysia ke Azerbaijan.

Selain pertemuan empat mata antara Najib dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev, dan mesyuarat dua hala dipengerusikan bersama oleh kedua-dua pemimpin, kedua-dua mereka dijangka memeterai deklarasi bersama yang menggariskan komitmen kedua-dua negara untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dan ekonomi dalam pelbagai bidang. 

Pada Jumaat, selepas upacara sambutan rasmi di Istana Presiden, Najib dijadual mengadakan perbincangan dua hala dengan Aliyev, diikuti dengan mesyuarat delegasi antara Malaysia dan Azerbaijan. 

Kemudian, kedua-dua pemimpin itu akan menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian, termasuk perjanjian mengenai kerjasama ekonomi, saintifik dan teknikal, MoU dalam bidang latihan diplomat dan MoU antara Petronas dan Syarikat Minyak Negara Azerbaijan (SOCAR) untuk meliputi kerjasama dalam sektor minyak dan gas. 

Najib juga dijadualkan merasmikan pembukaan Kedutaan Malaysia di Baku. Malaysia menubuhkan pejabat kedutaan di Baku pada 1 April 2014.

Lawatan Perdana Menteri juga membolehkan beliau menyampaikan secara peribadi undangan Malaysia kepada Presiden Azerbaijan untuk melakukan lawatan negara ke

Malaysia dalam masa terdekat.
Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Azerbaijan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan