Semua Orang Tahu Saya Cenderung Sebelah Sana - Mustafa Kamal

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 5:04 PM

Mustafa Kamal ketika menghadiri majlis bersama pemimpin Pas beberapa tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: "Semua orang tahu, saya cenderung ke sebelah sana," komen ringkas pelakon Mustafa Kamal apabila ditanya mengenai kehadirannya pada majlis anjuran parti pembangkang.


Malahan, beliau tigak menganggap tindakannya itu suatu kesalahan kerana baginya masyarakat kini bersikap terbuka dan dapat menerima perbezaan pendapat dari segi politik.

"Perbezaan pendapat (politik) itu bagus. Kita tidak boleh menghukum orang lain semata-mata kerana orang itu berbeza pendapat dengan kita. Dalam Islam sendiri tidak salah jika berbeza pendapat untuk kebaikan," katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kunjungannya ke Kampung Geting, Pengkalan Kubor, tempat di mana PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, 25 September ini, malam Khamis.

Menjelaskan lebih lanjut, Mustafa, atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Mohd Daud, 52, berkata, beliau berada di Kelantan kerana ada urusan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun, anak kelahiran Kota Bharu ini berkata, urusan yang dimaksudkannya itu tidak mempunyai kaitan dengan PRK Pengkalan Kubor.

"Hari ini (Jumaat) sudah hari keempat saya di sini dan saya akan berada di sini beberapa hari lagi.

"Kebetulan malam tadi (Khamis) saya perlu ambil dokumen daripada seseorang yang berada di tempat PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding," katanya.

Walaupun ia berlaku secara kebetulan, pelakon drama dan filem yang dikenali ramai ini tidak menafikan kehadirannya itu secara tidak langsung telah menonjolkan penglibatan dirinya dalam parti politik pembangkang.

Mengenai peluang PAS dan Barisan Nasional untuk menang di Pengkalan Kubor, katanya, beliau tidak begitu mengenali calon untuk kedua-dua parti.

"Saya bukan penganalisa dan bukan pengundi di kawasan ini.

"Tapi beradasarkan sembang kedai kopi dengan penduduk setempat, mereka kata setakat hari ini peluang 50-50.

"Tengoklah dua-tiga hari sebelum mengundi nanti, mungkin kita boleh nampak peluang dengan lebih jelas," katanya yang merupakan pengundi di DUN Chempaka.

Sejak kebelakangan ini, Mustafa sering memegang watak bapa, termasuklah dalam drama bersiri popular, Awan Dania.

Dalam era 90-an, beliau pernah membintangi banyak filem termasuklah filem Adik, Mira Edora dan Kami The Movie.

Katanya, walaupun banyak melakukan kerja-kerja di luar bidang seni, beliau masih menerima tawaran berlakon.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.


Tags / Kata Kunci: Mustafa Kamal , Pengkalan Kubor

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan