MEASAT-3b Bukan Satelit Pengintipan - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 8:13 PM

MEASAT-3b berjaya dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana pada 7.05 Khamis malam waktu tempatan (6.05 pagi Jumaat waktu Malaysia).

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk SeriAhmad Shabery Cheek berkata satelit terbaru Malaysia MEASAT-3b yang berjaya dilancarkan ke orbit awal pagi ini merupakan sebuah satelit penyiaran dan bukannya satelit pengintipan.

Beliau berkata pelancaran satelit itu adalah untuk mengukuhkan lagi industri penyiaran bukan sahaja di negara ini malah juga beberapa negara di rantau Asia termasuk Australia. 

"Tahniah kepada MEASAT, ia satelit ke-6 negara di orbit, merupakan satelit komunikasi untuk tujuan penyiaran, jangan salah faham ini bukan 'spy' satelit,"katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Katanya satelit komunikasi bernilai US$350 juta (RM1.12 bilion) itu akan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat apabila ia sudah berada pada kedudukan yang betul di orbit. 

Menurutnya Malaysia dijangka mendapat banyak manfaat hasil daripada pelancaran satelit tersebut khasnya dalam industri penyiaran dan komunikasi. -

MEASAT-3b berjaya dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou,French Guiana pada 7.05 Khamis malam waktu tempatan (6.05 pagi Jumaat waktu Malaysia).

MEASAT-3b akan beroperasi sepenuhnya pada 15 Oktober, adalah satelit MEASATketiga yang dilancarkan penyedia perkhidmatan pelancaran satelit, Arianspace berikutan pelancaran MEASAT-1 dan MEASAT-2 pada 1996.

Dibangunkan oleh pembuat satelit Airbus Defence and Space di Toulouse,Perancis, MEASAT-3b mempunyai jangka hayat kira-kira 15 tahun.

Satelit ini mempunyai 48 transponder, dengan setiap satu lebar jalurnya berkapasiti 36 megahertz (Mhz) sekali gus menjadikan keupayaan satelit Ku-band kepada 84 transponder daripada 36 sekarang.

Ia akan melebarkan usaha MEASAT dalam perkhidmatan satelit penyiaran dantelekomunikasi di Malaysia, Indonesia, Australia dan Asia Selatan.

Tags / Kata Kunci: MEASAT-3b

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan