Soalan UPSR Bocor: KKM Sedia Bantu Kementerian Pendidikan

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 7:59 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan menyiasat kebocoran kertas soalan Sains serta Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Rabu dan dan Khamis.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya juga sedia bekerjasama dengan polis bagi mengesan jika ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan media siber untuk melakukan perbuatan itu. 

"Saya akan meminta pegawai saya bantu menyiasat sekiranya ada unsur-unsur mereka guna media siber...

"Mereka akan disiasat untuk bantu polis dan Kementerian Pendidikan mengesah pihak tidak bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita pada program bersama anak muda Parlimen Kemaman di Institut KemahiranBelia Negara pada Jumaat.

Ahmad Shabery berkata beliau menganggap tindakan itu, sama ada membabitkan orang dalam ataupun luar, satu perbuatan terkutuk.

Ahmad Shabery berkata perbuatan itu ia bukan sahaja satu pengkhianatan kepada masa depan anak bangsa malah menjejaskan sistem pendidikan negara.

Rabu lepas, kertas soalan Sains UPSR didapati bocor dan pada Khamis, perkara sama berlaku kepada kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, kecewa dengan insiden itu dan mengarahkan siasatan menyeluruh bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. 

Berikutan masalah itu, sejumlah 473,175 calon terpaksa menduduki semula peperiksaan UPSR untuk kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini.

Tags / Kata Kunci: KKM

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan