Jangan Salahkan Seluruh Penjawat Awam - GPMS - Berita Semasa | mStar

Jangan Salahkan Seluruh Penjawat Awam - GPMS

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 2:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan dan penjawam awam secara keseluruhannya tidak wajar dipersalahkan berhubung kes kebocoran soalan bagi subjek Bahasa Inggeris dan Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.


Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ketidakwajaran itu kerana ramai penjawat termasuk guru menjalankan tanggungjawab dengan mematuhi peraturan atau undang-undang dan etika perkhidmatan awam.

"Tidak dapat dinafikan insiden ini  mencemarkan kredibiliti dan integriti Kementerian Pendidikan serta imej penjawat awam secara keseluruhan walaupun siasatan masih dijalankan.

"Bagaimanapun, diharap rakyat memahami bahawa ini adalah angkara pihak yang boleh dikategorikan sebagai penjenayah kerana tidak jujur, tidak ikhlas dan tidak berintegriti,  jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, pada Jumaat.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, kerajaan harus sentiasa memandang serius dan tegas terhadap sebarang insiden melibatkan penjawat awam menerima rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan serta pecah amanah.

Beliau menambah, langkah itu penting kerana ia bukan sahaja membawa kesan kepada perkhidmatan awam itu sendiri malah kepada masyarakat dan negara secara umumnya.

Khamis, kementerian mengumumkan penangguhan peperiksaan subjek Sains UPSR kepada 30 September selepas menerima laporan berlaku kebocoran.

Lembaga Peperiksaan pula berkata, kertas Bahasa Inggeris yang sepatutnya berlangsung Khamis juga dibatalkan dan akan diadakan semula selepas ia didapati bocor.

Irmohizam berkata, selain itu, prosedur operasi standard (SOP) penyediaan kertas peperiksaan juga wajar dikaji semula dan kementerian berkenaan harus mengambil semua langkah sewajarnya untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang.




Tags / Kata Kunci: Datuk Irmohizam Ibrahim , UPSR
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan