Hakim Perlu Ada Keberanian Moral Buat Keputusan Tak Popular

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 8:45 PM

Azahar Mohamed mengangkat sumpah jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan di hadapan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria pada majlis angkat sumpah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi di Istana Kehakiman pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hakim perlu memiliki keberanian moral untukmembuat keputusan tidak popular dalam kalangan ahli politik atau media dan orang ramai," kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Beliau berkata hakim tidak perlu khuatir jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mereka jika mereka sudah menyediakan penghakiman yang jelas berdasarkan autoriti undang-undang kes.

"Tidak ada arahan kepada hakim untuk bersetuju dengan keputusan majoriti panel yang bersidang di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," katanya dalam ucapan pada majlis angkat sumpah 15 hakim yang dilantik ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Panel Mahkamah Persekutuan yang bersidang untuk mendengar sesuatu kes dianggotai lima atau tujuh hakim manakala Mahkamah Rayuan terdiri daripada tiga hakim.

Arifin turut mengingatkan hakim agar menulis alasan penghakiman dengan jelasdan dalam bahasa yang mudah difahami pihak terbabit terutama mereka yang tidak diwakili peguam.

"Saya ingin berpesan kepada mana-mana pihak terutama para peguam agar tidak mengambil tindakan yang membelakangkan kedaulatan undang-undang dalam menyalurkan rasa ketidakpuasan hati terhadap keputusan mahkamah," katanya.

Beliau berkata hakim, pegawai kehakiman dan peguam perlu bersama-sama memelihara martabat dan integriti kehakiman bagi mengelak kepercayaan rakyat dalam proses keadilan di negara ini tergugat. 

"Pada akhirnya, apa yang paling penting ialah persepsi umum terhadap badan kehakiman. Sebuah badan kehakiman kehilangan nilai dan perkhidmatan kepada masyarakat jika orang ramai tidak yakin dengan keputusannya.

"Saya menggesa semua pihak agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawabdalam memuat naik pandangan serta pendapat mereka di laman media sosial kerana kesannya amat besar dan boleh menghakis kepercayaan umum kepada badan kehakiman," kata Arifin.

Menyentuh isu lain, beliau berkata berikutan pindaan terhadap Akta Saraan Hakim 1971, mereka tidak dibenar bersara sebelum mencapai usia 60 tahun dan berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun bagi membolehkan mereka mendapat pencen.

Peruntukan baharu itu bertujuan menyediakan fleksibiliti kepada mana-manahakim yang merasakan bahawa beliau tidak dapat meneruskan tugasnya atau ingin bersara awal atau sebarang alasan lain sebelum mencapai umur persaraan wajib.

Arifin juga berkata beliau berpuas hati kerana kebanyakan hakim mematuhi arahan amalannya yang tidak membenarkan perbicaraan mana-mana kes ditangguh tanpa sebarang alasan kukuh.

Bagaimanapun, beliau mendapati ada hakim yang tidak mematuhi arahan amalan yang menghendaki mereka membuat keputusan tidak lebih empat minggu dan menyediakan alasan penghakiman dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh kes ditangguh untuk keputusan.

Pada majlis itu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azahar Mohamed, 58, Peguam Cara Negara Tan Sri Idrus Harun, 59, serta enam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi, 60, Datuk P. Nallini,  55, Dr Badariah Sahamid, 59, Ong Lam Kiat Vernon,57, Abdul Rahman Sebli, 55, dan Dr Prasad Sandosham Abraham, 63, mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan.

Azahar dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan manakala yang lain sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Tujuh Pesuruhjaya Kehakiman iaitu Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, 55, Datuk Wira Kamaludin Md Said, 56, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, 57, Teo Say Eng, 62,Rosilah Yop, 56, Datuk Hashim Hamzah, 52, dan Datin Azizah Nawawi, 52, dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. 

Pelantikan mereka berkuat kuasa pada Jumaat.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan