Bapa Exco Kesihatan Negeri Perak Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 10:00 PM

Dr Mah Hang Soon

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bapa anggota Exco kerajaan negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon iaitu Mah Chow Nam, 69, meninggal dunia di kediamannya di Changkat Kruing, Ayer Tawar akibat serangan jantung selepas mengalami sesak nafas pada Jumaat.

Dr Mah, yang juga Pengerusi MCA Perak, berkata beliau mendapat menghadiri satu program di Temoh apabila mendapat berita itu pada kira-kira 10 pagi.

Beliau berkata mendiang menghidap penyakit kencing manis dan hari ini, seperti kebiasaan, bapanya menunggang motosikal untuk bersarapan di pekan dan pulang ke rumah.

"Tidak lama selepas tiba di rumah, bapa dikatakan mengalami sesak nafas. Beliau meninggal dunia sebelum ambulans sempat sampai," katanya ketika dihubungi Bernama.

Chow Nam meninggalkan seorang balu, Lee Khee Hiong, 70, tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.

Mayat mendiang akan disemadi di Tanah Perkuburan Tetuan Jawatankuasa Pentadbiran Jiran Cina di Pantai Remis pada Selasa depan. 

Tags / Kata Kunci: Exco Perak , Datuk Dr Mah Hang Soon

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan