Kertas Peperiksaan UPSR Bocor Mungkin Sabotaj - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 7:01 PM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai tindakan sengaja untuk mensabotaj dirinya dan Kementerian Pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Beliau yang begitu marah atas insiden itu, berkata beliau memandang serius kejadian itu kerana semua pihak pihak sebelum ini telah dingatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelak kejadian seumpama itu.

"Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berada di ibu negara Laos ini untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan (ASED ke-8) yang bermula, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam.

Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 September ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa bebas akan dilantik dalam masa terdekat melibatkan pegawai berpengalaman dalam menguruskan peperiksaan umum bagi memastikan integriti dan kerahsiaan peperiksaan tidak lagi dikompromi.
Tags / Kata Kunci: UPSR , Kertas Peperiksaan Bocor

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan