Penyelidik UKM Hasilkan Sabun, Losyen Antinyamuk

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 12:10 PM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik terdiri daripada 13 pakar perubatan dan saintis iaitu bekas pelajar Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menghasilkan sejenis sabun dan losyen badan yang boleh menghalang gigitan nyamuk terhadap manusia.


Ketua projek penyelidikan produk, Dr Mohamad Shukor Yusof, 58, berkata, idea untuk menghasilkan dua produk jenama 'Vecto' itu timbul setelah mereka berbincang mahu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat menggunakan kepakaran yang dimiliki.

"Secara kebetulan, ketika perjumpaan Februari lepas, Malaysia mengalami wabak denggi yang agak teruk, jadi kami berbincang bagaimana mahu membantu rakyat negara ini daripada gigitan nyamuk Aedes.

"Penyelidikan mula dijalankan dan kami memutuskan mahu menggunakan daun serai wangi serta gabungan beberapa herba lain yang terbukti dapat mencegah nyamuk daripada menggigit manusia.

"Ujian klinikal dijalankan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada April lepas dan berjaya membuktikan keberkesanan formulasi sabun dan losyen badan yang kami hasilkan," katanya ketika ditemui Bernama di kliniknya di Kuala Berang, Khamis.

Dr Mohamad Shukor berkata, projek penyelidikan itu turut dibantu secara eksklusif oleh Prof Dr Darah Ibrahim daripada USM dan Prof Dr Latiffah Abdul Latiff daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Projek penyelidikan ini secara asasnya mahu membantu kerajaan mendidik masyarakat mengenai bahaya wabak denggi dan pada masa sama ingin memberi peluang kepada penduduk di Terengganu terbabit dalam sektor pertanian iaitu penanaman serai wangi dan herba lain secara komersial selepas ini.

"Malah, produk ini turut berkesan menghalang gigitan serangga lain seperti pirah dan menghalau lalat," katanya dan menambah sabun dan losyen itu turut mempunyai fungsi aromaterapi yang boleh melegakan stres.

Dr Mohamad Shukor berkata, pihaknya berharap dapat memasarkan kedua-dua produk itu sebagai alternatif kaedah pencegahan jangkitan nyamuk Aedes selain membantu kerajaan mengawal wabak berbahaya tersebut.

Bagaimanapun katanya, produk itu belum dikomersialkan.


Tags / Kata Kunci: UKM , sabun , Dr Mohamad Shukor Yusof

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan